ISKANDAR PUTERI: Pembukaan Jambatan Sungai Pulai yang menghubungkan Gelang Patah ke Tanjung Bin, Pontian mulai petang ini dijangka dapat melonjakkan Pontian sebagai hab sosioekonomi baharu sekali gus menjadi destinasi utama kepada pelaburan asing.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pembinaan infrastruktur sepanjang 7.5 kilometer merentasi Sungai Pulai itu menelan belanja kira-kira sebanyak RM800 juta, ia adalah laluan terus dari Pelabuhan Tanjung Pelepas ke Tanjung Bin, memendekkan masa perjalanan daripada lebih satu jam dari Pelabuhan Tanjung Pelepas ke Kukup, Pontian kepada hanya 30 minit.
Beliau berkata pembinaan jambatan dan jalan yang dilengkapi dengan laluan dua hala, dua lorong serta mempunyai kelegaan navigasi (had ketinggian) untuk laluan kapal dengan ketinggian 25 meter dan lebar 100 meter itu akan turut memberi kesan ekonomi positif bagi daerah Pontian dan Johor Bahru.
"Ia akan membawa pelbagai peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi, meningkatkan nilai hartanah serta menggalakkan pembangunan kawasan-kawasan setempat dan menggalakkan industri pelancongan terutamanya ekopelancongan di Tanjung Piai dan Kukup dengan membawa masuk pelancong dari Singapura.
"Sememangnya kita sudah lama menantikan kemudahan infrastruktur sebegini yang akan dapat menyokong, memudah dan memperkasakan lagi sistem pengangkutan jalan di negeri ini," katanya ketika berucap pada majlis perasmian pembukaan jambatan tersebut di sini, hari ini.
Turut hadir bekas Menteri Besar Johor dan Ahli Parlimen Simpang Renggam Datuk Seri Ir Hasni Mohamad, Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng serta Pengerusi Seaport Worldwide Sdn Bhd yang juga Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Bhd Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh.
Sementara itu, Che Khalib berkata projek jambatan itu yang mula dibina pada November 2017 itu dimajukan oleh Seaport Worldwide, ahli Kumpulan MMC melalui usahasama awam-swasta bertujuan untuk meningkatkan keselesaan masyarakat sekitar.
"Lokasi pembinaan jambatan ini adalah sangat tepat untuk memudahkan pergerakan untuk antara kedua-dua daerah yang saling berhubung kait dari segi sosio dan ekonomi rakyat selatan Johor.
"Pembukaan jambatan ini mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak dan musim perayaan," katanya.
Jambatan tersebut yang akan dibuka untuk orang awam mulai 6 petang ini, ia memendekkan masa perjalanan kepada kira-kira 3,000 kenderaan setiap jam pada waktu puncak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2023

Onn Hafiz (empat, kiri) melakukan 'Flag Off' sebagai tanda simbolik Majlis Perasmian Pembukaan Jambatan Sungai Pulai dan Gelang Patah ke Tanjung Bin hari ini. - Foto BERNAMA

Sherie Merlis kesal berita palsu dia meninggal dunia
Kata Sherie, berita berkenaan telah mengejutkan ahli keluarganya dan mula menghuru-harakan keadaan.

Bekalan telur sepanjang Ramadan, Aidilfitri mencukupi - FAMA
Pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak.

Suri rumah didakwa guna lambang Datuk palsu
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 Mei depan.

Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling digantung operasi
Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling ditutup ekoran tren tidak boleh beroperasi di laluan itu atas faktor keselamatan. Sehubungan itu, perkhidmatan bas percuma digerakkan bagi membantu penumpang dan operasi di laluan terjejas.

'Tak sabar nak jumpa cinta hati' - Daiyan Trisha sekali lagi tunai umrah di bulan Ramadan
Daiyan bersyukur kerana dijemput untuk kali kedua menunaikan ibadah berkenaan.

Pasca lawatan Perdana Menteri ke China
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan.

Lawatan PM Anwar ke China beri manfaat besar
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan. Ikut laporan disediakan Hasimi Muhamad, dari Beijing.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Pindah 62 ekor kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM10,000
Seorang pemandu lori didenda RM10,000 setelah mengaku bersalah memindahkan 62 ekor kambing disyaki dari Thailand tanpa kebenaran.

BNM terus berhubung dengan pihak berkepentingan kemudi peralihan ekonomi bebas karbon
Ia merangkumi penyertaan dalam platform antarabangsa seperti Rangkaian Untuk Menghijaukan Sistem Kewangan (NGFS) dan membina keupayaan bagi menganalisis kesan risiko iklim untuk bertindak lebih awal.

Johor umum mangsa banjir akan terima 5 jenis bantuan, wang tunai
Inisiatif itu termasuk pengecualian bayaran RM250 bagi penggantian dokumen penting seperti geran yang hilang dan rosak disebabkan banjir.

ADUN Johor dapat peruntukan tambahan RM60,000
ADUN Johor akan menerima peruntukan tambahan berjumlah RM60,000 bagi melaksanakan program di bulan Ramadan, Aidilfitri selain menjayakan Agenda Johor Bersih di kawasan masing-masing.

Zakaria beri laluan Onn Hafiz tanding Ketua UMNO Bahagian
Menteri Besar Johor itu berkata ini merupakan langkah dipersetujui mereka bersama, demi perpaduan dan keharmonian UMNO bahagian.

Onn Hafiz diminta bertanding Ketua Pemuda UMNO
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi diminta bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bagi mengembalikan semula maruah parti itu.

Skim Pembiayaan Pinjaman PKS, Perusahaan Mikro Negeri Johor dimuktamad bulan depan
Inisiatif Skim Pembiayaan Pinjaman Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan Perusahaan Mikro Negeri Johor bagi membantu golongan terbabit, dijangka dapat dimuktamadkan pada bulan depan.

Kerajaan Negeri terus pantau situasi banjir, utamakan keselamatan rakyat - MB Johor
Kerajaan Negeri Johor akan terus memantau situasi banjir di negeri ini terutama keselamatan rakyat serta memastikan keadaan terkawal setiap masa.

Jambatan Sungai Pulai jadikan Pontian sebagai hab sosioekonomi baharu - MB Johor
Pembukaan Jambatan Sungai Pulai yang menghubungkan Gelang Patah ke Tanjung Bin, Pontian mulai petang ini dijangka dapat melonjakkan Pontian sebagai hab sosioekonomi baharu.

Johor, SPAN bincang percepat baik pulih 6,000km paip lama
Tempoh yang diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja membaik pulih baki 6,000km paip lama, dijangka mengambil masa sehingga 10 tahun.

DUN Johor rakam ucapan tahniah kepada PM Anwar
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Johor bentang Belanjawan 2023 esok
Belanjawan berkenaan boleh ditonton menerusi saluran televisyen Astro Awani, Facebook rasmi Bernama dan Facebook rasmi beliau.