awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Janda Baik menjerit, bingitnya Rimba Raid

Razak Chik
Razak Chik
26/07/2019
00:09 MYT
Janda Baik menjerit, bingitnya Rimba Raid
Acara Rimba Raid Janda Baik Adventure Race 2019 akan diadakan buat kali ke-6 hujung minggu ini, kali ini di Rimba Valley Motocamp. Foto Rimba Raid
Peminat sukan pemotoran lasak berkuasa tinggi bakal memecah sunyi perkampungan Janda Baik pada hujung minggu ini.
Buat kali keenam, acara Rimba Raid Janda Baik Adventure Race 2019 akan diadakan di Malaysia, kali ini bertempat di Rimba Valley Motocamp yang terletak dalam Hutan Simpan Bukit Tinggi dan Hutan Simpan Lentang; 55km dari hiruk pikuk Kuala Lumpur.
Seramai 150 penunggang – empat daripada mereka peserta wanita – dari 15 negara akan berentap mengharungi pelbagai cabaran yang akan menguji ketangkasan tunggangan, kelasakan jentera berat berkuasa tinggi dan keupayaan fizikal peserta.
Dalam keghairahan meredah hutan, isu kelestarian alam sekitar tidak diabaikan.
Ikuti penjelasan daripada salah seorang pengasas dan penganjur Rimba Raid, Datuk Nik Huzlan Hussain yang lebih terkenal dengan gelaran Kapten Nik kerana pernah bertugas sebagai komander pesawat komersil bersama syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines.
Rimba Raid 2019 akan disertai penunggang dari Thailand, Singapura, Jepun, Vietnam, China, Amerika, United Kingdom, Peranchis, Kanada dan Australia.
Antara motosikal yang ditunggang perserta termasuk BMW, KTM, Honda, Suzuki, Yamaha dan pendatang baharu seperti Benelli dan KTNS dari China dalam tiga kategori iaitu 250cc, 600cc dan 800cc ke atas.
Acara sampingan termasuk 'motorcross endurance' dan 'All-Terrain Vehicles' (ATV).
GIVI – pengeluar aksesori motorsikal terbesar dunia adalah penaja utama manakala Auto Bavaria BMW akan memperagakan pelbagai produk keluaran jenama popular Jerman itu.
Rimba Raid Adventure 2019 disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC Pahang) mengambil sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, Tourism Pahang dan juga Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB).
Menurut Kapten Nik, Rimba Raid Adventure 2019 membuka peluang bagi anak tempatan untuk menimba pengalaman dalam pelbagai disiplin sukan permotoran lasak.
Peluang berniaga dan penyediaan makanan dan minuman juga disediakan di Kawasan acara dengan kerjasama Majlis Daerah Bentong.
Kehadiran adalah percuma dan peminat sukan permotoran adalah dijemput datang untuk menyaksikan acara sukan hebat ini.
Topic Berkaitan
#BMW
#Janda Baik
#Kementerian Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan
#MOTAC
#motor lasak
#motosikal berkuasa tinggi
#pelancongan
#Rimba Raid
#sukan pemotoran
#Tahun Melawat Malaysia 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan