KUALA LUMPUR: Kanser Nasofarinks (kanser pangkal hidung) atau Nasopharyngeal Carcinoma (NPC) ialah sejenis kanser hidung berbahaya dan cenderung untuk menjadi lebih teruk (malignan).
Dengan merujuk kepada Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia kedua (2012-2016) diterbitkan pada tahun 2019, NPC adalah kanser kelima paling lazim di Malaysia.
Menurut data berkenaan, pada tempoh 2012 hingga 2016, rakyat Malaysia yang menderita NPC terdiri daripada lelaki 5.2 peratus dan perempuan 1.9 peratus.
GARAM PENGAWET MAKANAN PUNCA NPC?
Menurut Dr S Ram Kumar Sharma, Perunding Pakar Bedah Telinga, Hidung, Tekak, Kepala dan Leher di Mahkota Medical Centre Melaka, terdapat banyak faktor risiko untuk NPC seperti juga kanser lain yang boleh digolongkan kepada faktor tidak boleh diubah suai dan faktor boleh diubah suai.
"Untuk faktor tidak boleh diubah suai, ia selalu menjangkiti mereka yang berusia lebih daripada 50 tahun terutamanya kaum lelaki dan juga mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap NPC.
"Mengenai faktor boleh diubah suai, merokok dan pengambilan alkohol adalah faktor sinergi, dalam mana-mana perkembangan kanser, begitu juga dengan NPC. Sebarang bentuk kimia dan zarah habuk kayu yang disedut boleh juga menyebabkan karsinogen di dalam struktur hidung. Ada juga yang dikaitkan dengan Epstein-Barr Virus sebagai punca," beliau memberitahu Bernama ketika dihubungi baru-baru ini.
Menurut beliau, diet pengambilan makanan yang banyak mengandungi kimia pengawet seperti garam juga dikaitkan dengan NPC.
"Orang ramai perlu sedar bahawa bahan pengawet boleh bertukar menjadi agen kanser (karsinogen). Contoh bahan pengawet tiruan termasuk nitrat, sulfit, sorbat, paraben dan formaldehid.
"Nitrosamin, sejenis sebatian karsinogenik yang bahaya, mengandungi nitrit dan nitrat, bukan sahaja menyebabkan kanser tetapi juga boleh mengakibatkan keadaan yang memudaratkan kesihatan seperti alergi hipersensitiviti dan kerosakan saraf. Oleh yang demikian, amat penting untuk kita semua tahu kandungan makanan yang kita makan," katanya.
GEJALA TAK KELIHATAN
Data yang dikongsi Dr S Ram ini mungkin mencemaskan iaitu hampir 50 hingga 60 peratus pesakit yang didiagnos NPC sudah berada pada peringkat akhir.
Beliau menjelaskan keadaan itu berlaku kerana tempat berlakunya NPC bukan mudah dilihat oleh pesakit. Ianya di belakang hidung di Nasofarinks (ruang di persimpangan antara hidung dan mulut).
"Tempat berkenaan mempunyai struktur penting (tulang tengkorak, pelbagai saraf, otak, telinga dan mata) dan kanser mudah merebak ke kawasan yang kritikal itu.
"Mengelilingi kawasan hidung, kepala dan leher, terdapat banyak kumpulan kelenjar limfa yang bertindak sebagai 'penjaga'sekiranya berlaku sebarang jangkitan atau kanser. Jangkitan yang berlaku di NPC akan merangsang nod (nodes) leher untuk membesar. Jika ini berlaku, pesakit akan datang dengan sebelah bahagian leher membengkak tetapi tidak terasa sakit. Sehingga 70 peratus gejala NPC melibatkan keadaan ini, " katanya.
Bagaimanapun beliau menambah, pada peringkat awal NPC, keadaan bengkak di leher mungkin ada kaitan atau tidak mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku di hidung, telinga, muka atau kepala.
"Ini termasuk hidung yang mana sebelah bahagiannya tersumbat yang mungkin juga terdapat pelepasan dengan kesan darah atau tidak. Untuk telinga, pesakit akan mengalami sebelah telinga kurang pendengaran atau bunyi dengung. Untuk muka dan kepala, antara gejala yang dialami termasuk pening, penglihatan berganda dan kebas muka. Untuk peringkat akhir, kanser mungkin merebak ke tulang yang bersebelahan, hati dan paru-paru,," jelasnya.
ANALISA FAKTOR RISIKO
Apabila menganalisa faktor risiko pesakit yang mempunyai NPC, perkara yang perlu diberi perhatian iaah apabila membuat tafsiran gejala.
Ini kerana bukan semua orang yang mengambil makanan yang diawet atau terdedah kepada asap atau sesuatu yang berbau, boleh mendapat NPC.
"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kawasan di mana bermulanya NPC mungkin tersembunyi. Sebab itulah ia tidak mencetuskan sebarang gejala kerana gejala leher bengkak, telinga tersumbat/pendengaran semakin berkurangan dan muka yang terasa kebas, biasanya tidak diperiksa dengan lebih lanjut. Ini mungkin kerana kurang kesedaran tentang gejala NPC, " katanya.
Dr S Ram berkata, sekitar lapan hingga 10 peratus pesakit NPC tidak mempunyai faktor risiko yang dijelaskan sebelum ini.
"Dalam tempoh tiga bulan lepas, saya mendapat enam kes NPC dan semua pesakit adalah orang dewasa dengan umur antara 36 hingga 63 tahun.
"Endoskopi yang dibuat di klinik mengesahkan terdapat NPC dan seterusnya, biopsi dibuat, " katanya, sambil menekankan, yang penting adalah untuk seseorang itu berjumpa doktor seawal mungkin sekiranya mengalami sebarang gejala yang ada kaitan dengan NPC.
Mengenai kadar kelangsungan hidup untuk pesakit NPC, beliau berkata ianya bergantung kepada beberapa faktor penting.
"Ini termasuk tahap ketumbuhan, tempat ketumbuhan berada dan lokasi ia merebak dengan penglibatan struktur penting. Kami mengambil kira umur pesakit, keadaan perubatan pesakit atau kesihatan umum untuk memastikan keberkesanan rawatan, antaranya radioterapi, kemoterapi, pembedahan dan/atau kombinasi ketiga-tiganya sekali," katanya menambah, pesakit juga perlu berjumpa pakar onkologi klinikal dan pemeriksaan lanjutan.
DUA PILIHAN RAWATAN
Sekiranya indeks yang menunjukkan seseorang itu disyak menghidapi NPC adalah tinggi, Dr S Ram berkata individu itu perlu menjalani pemeriksaan fizikal yang lengkap dan doktor juga akan meneliti sejarah keluarga sebelum membuat diagnosis.
Menurut beliau, siasatan selanjutnya adalah termasuk biopsi tisu untuk mengesahkan diagonis dan ianya akan dilengkapi dengan Imbasan Tomografi Berkomputer (CT) untuk kawasan Kepala dan Leher.
Beliau menjelaskan, terdapat ketika Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dapat membantu dengan pantas tisu/organ yang terlibat.
"Imbasan CT seluruh badan dapat mengesahkan seteruk mana kanser sudah merebak. Di samping itu, Tomografi Emisi Positron CT (FDG PET-CT) didapati mempunyai hasil yang lebih berbanding kaedah rawatan lain.
"Sebaik sahaja diagnosis NPC disahkan, pesakit perlu dimaklumkan tentang penyakit yang beliau hidapi. Pasukan perubatan akan mengkaji secara terperinci semua hasil pemeriksaan sebelum memaklumkan hasil berkenaan kepada pesakit, sama ada NPC boleh dirawat (kuratif) atau memerlukan penjagaan perubatan khusus (paliatif), " katanya.
Mengenai rawatan kuratif NPC, Dr S Ram menjelaskan, lazimnya ia terdiri daripada pendekatan Rawatan Tunggal atau pendekatan Pelbagai Rawatan.
"Rawatan Tunggal bermakna hanya rawatan Radioterapi atau kombinasi dengan Kemoterapi. Pendekatan Pelbagai Rawatan pula mungkin melibatkan juga pembedahan untuk kawasan utama (pembuangan endoskopik ketumbuhan di Nasofarinks) atau pembedahan leher dengan atau tanpa pilihan kemoterapi.
"Oleh yang demikian, perbincangan kerja melibatkan pelbagai disiplin tentang pelan rawatan, sebaik sahaja diagnosis NPC dicapai adalah amat penting untuk pesakit. Sebagai rumusan, sekiranya NPC dikesan awal, ia dapat dirawat dengan jayanya. Tolong jumpa doktor dengan kadar segera sekiranya anda mempunyai gejala NPC yang membimbangkan, " tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022
Diet pengambilan makanan yang banyak mengandungi kimia pengawet seperti garam juga dikaitkan dengan NPC.
Serangan Balai Polis: Tujuh individu direman hari ini
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
AWANI Pagi: Kapas Marathon Crossing Swimathon 2024
Kerajaan Negeri Terengganu anjur kejohanan sukan renang marathon patuh syariah, yang pertama di Malaysia.
Sistem e-Jamin diteruskan
Kerajaan akan meneruskan penggunaan sistem pengurusan ikat jamin elektronik atau e-Jamin.
Israel pertahan hak serang Rafah di ICJ
Pasukan peguam Israel di ICJ menegaskan ia mempunyai hak mempertahankan diri dari Hamas, walaupun Afrika Selatan memohon hentikan serangan di Rafah.
Bantuan AS untuk Gaza tiba di Cyprus menanti pemindahan
White House mengesahkan bantuan tambahan AS untuk Gaza kini tiba di Cyprus, menunggu pemindahan melalui jeti sementara yang dibina di wilayah itu.
FIFA dapatkan nasihat perundangan sebelum gantung Israel
FIFA akan mendapatkan nasihat perundangan sebelum bersidang pada Julai untuk membincangkan permohonan Palestin menggantung Israel dari perlawanan antarabangsa.
Alami era baharu televisyen dikuasakan AI daripada Samsung
Empat ciri utama diketengahkan: 'AI Image Upscaling', 'AI Sound', 'AI Energy Mode', dan paling penting, 'AI Security.'
ProAIBI2024 anjuran Politeknik dan Kolej Komuniti fokus Kelestarian Alam Bina
ProAlBi 2024 tahun ini memperkenalkan segmen baru dengan kolaborasi antarabangsa dari Kolok Industrial and Community Education College, Thailand.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah Jawatankuasa Bersama Dalam Perdagangan kepada Suruhanjaya Bersama
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk menganjurkan penglibatan perniagaan dua hala secara kerap.
Polis siasat ancaman jemaah islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi Jumaat.
Jangan ambil mudah kanser hidung - Pakar
Ia selalu menjangkiti mereka yang berusia lebih daripada 50 tahun terutamanya kaum lelaki dan yang mempunyai sejarah keluarga menghidap NPC.
'Saya menangis satu minggu, tidur dan makan tidak boleh' - Chong Wei
Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkata hatinya remuk selepas didiagnos dengan kanser hidung, baru-baru ini.
'Kanser tidak halang keghairahan Chong Wei' - Norza
Ini merupakan imej terkini Chong Wei menerusi perkongsian daripada Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria.
Tidak perlu tunggu, saya mahu berehat - Lee Chong Wei
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei meminta pihak media tidak menunggu kepulangan beliau malam ini.
Chong Wei dapat pelepasan perubatan, pulang ke tanah air esok
Chong Wei telah diberi kebenaran oleh pasukan perubatannya untuk pulang ke Kuala Lumpur esok.
Datuk Lee Chong Wei pulang Ahad ini
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dijangka pulang ke tanah air Ahad ini, lapor beberapa agensi media antarabangsa, semalam.
NPC: Kanser paling lazim kalangan kaum Cina Malaysia
Nasopharyngeal Carcinoma ialah sejenis kanser hidung yang paling lazim dihidapi kalangan kaum Cina Malaysia, diikuti kaum Melayu dan India.
Bekas personaliti TV, Ishak Nengah meninggal dunia
Bekas personaliti televisyen, Ishak Nengah dilaporkan meninggal dunia selepas