Nasopharyngeal Carcinoma (NPC) sejenis kanser hidung yang paling lazim dihidapi kalangan kaum Cina Malaysia, diikuti Melayu dan India, kata Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) yang juga Pakar Bedah Kepala dan Leher Hospital Pantai Ipoh, Dr Rekha Balachandran.
Beliau berkata kaum Bidayuh di Sarawak juga berisiko menghidap NPC.
"Keturunan, gaya hidup dan jangkitan virus Epstein-Barr (EBV) adalah faktor yang menyebabkan kanser.
"Mempunyai anggota keluarga rapat yang menghidap NPC meningkatkan risiko menghidap penyakit itu, dan pengambilan makanan yang diawet seperti sayur-sayuran berjeruk dan ikan kering turut menyumbang kepada masalah ini," katanya kepada Bernama dalam temu bual hari ini.
BACA: Doa netizens untuk Chong Wei
BACA: Rakyat Malaysia hujani media sosial dengan kata-kata semangat buat Chong Wei
Kanser NPC bermula di nasofarinks, bahagian atas tekak di belakang hidung dan berhampiran pangkal tengkorak.
Baru-baru ini, laporan mengenai pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei yang didiagnosis dengan kanser hidung peringkat awal telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia terkejut, dan menyampaikan beribu-ribu mesej positif yang mendoakan agar beliau segera sembuh.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Chong Wei kini berada di Taiwan menjalani rawatan, sambil berehat dan memulihkan diri, ditemani anggota keluarga dan rakan rapatnya.
BACA: Chong Wei pulang ke Malaysia dua, tiga minggu lagi - BAM
Menjelaskan lebih lanjut, Dr Rekha berkata NPC bermula dengan bengkak di bahagian leher yang tidak menyakitkan dan pesakit diminta mendapatkan nasihat doktor sekiranya benjolan itu lebih dari tiga minggu.
"Kedua, adalah pendarahan di bahagian hidung. Kadang-kadang apabila menghembus hidung secara berterusan, ia akan mula berdarah. Hidung yang tersumbat dan kurang pendengaran terutamanya sebelah telinga sahaja, juga merupakan simptom," ujar beliau.
Bagaimanapun Dr Rekha berkata NPC adalah kanser yang boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal.
"Kadar kelangsungan hidup lima tahun sebenarnya agak tinggi kerana tahap awal NPC, peringkat satu dan dua, kadar survival adalah 80 hingga 85 peratus. Saya secara peribadi melihat beberapa pesakit NPC bertahan lebih daripada lima tahun...10 dan 20 tahun. Selagi ia dapat dikesan sebelum tumor merebak dan membesar," katanya.
Menurut Dr Rekha, penghidap NPC sukar didiagnosis lebih awal kerana simptomnya agak lemah kerana ia tidak menyakitkan.
"Mungkin pesakit yang mempunyai gejala sedemikian tidak pergi berjumpa doktor kerana mereka berpendapat ia tidak berbahaya, dan tumor pula tumbuh di tempat yang tidak dapat dilihat atau tersembunyi, jadi pesakit tidak menyedarinya," katanya.
Mendefinisikan NPC sebagai 'nasib cabutan', Dr Rekha berkata ia sukar untuk dijangka siapa yang akan didiagnosis dengannya, tetapi mengamalkan gaya hidup sihat akan membantu melambatkan risiko.
"Mengurangkan atau menghapuskan beberapa jenis makanan boleh menurunkan risiko NPC. Diet sepatutnya seimbang, makan lebih banyak sayur-sayuran segar dan buah-buahan serta elakkan makanan yang diawet," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Sep 24 2018
Kanser NPC bermula di nasofarinks, bahagian atas tekak di belakang hidung dan berhampiran pangkal tengkorak. - Nobel Healthway
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Perlakuan rasuah ketika ini amat mengaibkan negara - Sultan Nazrin
Perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.
Kekal positif, kanser bukan penamat hidup
Mana-mana wanita didiagnosis menghidap kanser payudara iaitu penyakit yang menjadi musuh nombor satu wanita, pasti tidak mudah menerima hakikat itu.
Komposer terkenal Jepun Ryuichi Sakamoto meninggal dunia
Sebelum ini Sakamoto menerima rawatan untuk penyakit barah yang dihidapnya selama beberapa tahun.
Bintang 'Cheers' Kirstie Alley meninggal dunia
Menurut anaknya, True dan Lily Parker, mendiang meninggal dunia selepas bertarung dengan barah.
Keluarga rayu bantuan perubatan RM250,000, rawat anak barah tulang
Malah penyakitnya itu turut mengakibatkan dia tidak dapat meneruskan sesi persekolahan, sama seperti kanak-kanak sebayanya.
Jane Fonda umum hidap kanser, sedang jalani rawatan kemoterapi
Pelakon berusia 84 tahun itu memaklumkan beliau menghidap limfoma bukan Hodgkin (Non Hodgkin's Lymphoma).
Sasterawan Zaharah Nawawi meninggal dunia
Allahyarham dipercayai meninggal dunia setelah bertarung melawan penyakit barah yang dihidapinya.
Vaksin COVID-19: Pesakit kronik nekad ambil suntikan
Peningkatan kes COVID-19 dengan pelbagai varian baharu ketika ini mencetuskan kebimbangan orang ramai termasuk golongan pesakit kronik.
Mengenang 76 tahun pengeboman Hiroshima
Pengeboman kira-kira pukul 8.15 pagi waktu tempatan itu mengorbankan hampir 80,000 nyawa penduduk, termasuk kanak-kanak.
Kanser, kudung kaki tidak halang Noor Zeeda bangkit buru kejayaan
Noor Zeeda berkata berkat kesabaran dan dirinya yang tidak berputus asa, akhirnya nikmat kehidupan kini mampu dikecapinya.