awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chong Wei dapat pelepasan perubatan, pulang ke tanah air esok

Bernama
Bernama
06/10/2018
11:16 MYT
Chong Wei dapat pelepasan perubatan, pulang ke tanah air esok
Chong Wei akan kembali ke tanah air esok selepas menjalani rawatan perubatan untuk kanser hidung tahap awal di Taiwan. -Gambar fail
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan kembali ke tanah air esok selepas menjalani rawatan perubatan untuk kanser hidung tahap awal di Taiwan, demikian disahkan oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
"Saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa Chong Wei telah diberi kebenaran oleh pasukan perubatannya untuk pulang ke Kuala Lumpur esok.
"Bagi pihak BAM, saya menggesa pengamal media dan orang awam umumnya untuk menghormati privasi beliau dan keluarga beliau," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.
Semalam, Mohamad Norza mengumumkan pemain nombor lima dunia itu akan terus berada di Taiwan untuk membolehkan doktor memantau perkembangannya sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia.
"Merujuk kepada laporan berita berhubung kepulangan Chong Wei dari Taiwan, saya telah bercakap dengan legenda badminton Malaysia berusia 36 tahun itu pada Rabu, dan pada ketika itu beliau belum mendapat pelepasan perubatan," katanya.
Beberapa media tempatan sebelum ini melaporkan Chong Wei akan pulang ke tanah air Ahad ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAM
#jaguh badminton negara
#kanser hidung
#Lee Chong Wei
#legenda badminton Malaysia
#Norza Zakaria
#Persatuan Badminton Malaysia
#rawatan perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan