awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan bazirkan sumber manusia warga emas yang produktif, bertenaga, IQ tinggi

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
16/03/2023
23:15 MYT
Jangan bazirkan sumber manusia warga emas yang produktif, bertenaga, IQ tinggi
Pegawai Psikologi, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Pulau Pinang, Nathir B. Mehamad berkata pengalaman warga emas mahir harus dimanfaatkan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Warga emas yang mampu menyumbang ilmu dan kemahiran tidak wajar dipinggirkan, sebaliknya pengetahuan mereka perlu disalurkan kembali kepada generasi muda untuk manfaat jangka masa panjang.
Menurut Pegawai Psikologi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Pulau Pinang, Nathir B. Mehamad, golongan sedemikian boleh diundang sebagai ahli panel dalam pelbagai program selain menyumbang masa sebagai ikon dan rujukan oleh generasi muda.
Jangan bazirkan sumber manusia warga emas yang produktif, bertenaga dan IQ Tinggi
“Pada satu bahagian kita perlu lihat kepada warga emas yang produktif, ada ilmu dan kemahiran. Kumpulan ini tidak wajar kita kesampingkan. Mereka ini boleh dijadikan sebagai model, dijemput sebagai panel untuk terlibat dalam program belia dan remaja.” katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru terbitan Astro AWANI yang mengupas tajuk ‘Golongan Tua Paling Murung di Malaysia?’.
Nathir turut menjelaskan, di peringkat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pelbagai usaha dilaksanakan untuk memastikan tenaga warga emas yang mempunyai lebih banyak masa lapang ini dimanfaatkan sebaiknya.
“Di LPPKN kita ada pusat remaja KafeTEEN. Di sini kita himpunkan remaja berusia 13 hingga 24 tahun sahaja. Kebanyakan sumber, maklumat dan servis diberikan daripada individu (warga emas) yang mempunyai kepakaran dalam ilmu kemahiran, teknologi dan sebagainya.
“Pengalaman-pengalaman mereka ini telah kita gabungjalinkan supaya pada sisi lain, anak-anak remaja boleh mengguna pakai keberuntungan yang masih ada pada warga emas yang masih produktif, bertenaga dan ada IQ yang tinggi. Supaya setidak-tidaknya kita tidak membazir sumber manusia yang masih berkualiti tinggi.” katanya
Topic Berkaitan
#warga emas
#Belia
#Dialog Tiga Penjuru
#penuaan sihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan