MALAYSIA
Jangan bergantung kepada kuasa besar realisasikan agenda bandar hijau - Kor Ming

Kor Ming dalam program Agenda AWANI berkata Dunia tidak wajar bergantung kepada negara kuasa-kuasa besar dalam menggerakkan agenda bandar hijau dan lestari. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dunia tidak wajar bergantung kepada negara kuasa-kuasa besar dalam menggerakkan agenda bandar hijau dan lestari.
Ringkasan AI
- Dunia tidak boleh bergantung kepada kuasa besar; kerjasama serantau seperti ASEAN perlu diperkukuh sebagai model perubahan global.
- Pelan Strategik UN-Habitat 20262029 boleh dilaksanakan dengan sokongan negara anggota PBB, tanpa bergantung kepada negara berkuasa besar.
- Fokus pelan tersebut ialah menangani isu perumahan, kemiskinan bandar, perubahan iklim dan krisis kemanusiaan yang menjejaskan berbilion penduduk dunia.
"Semua 133 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) wajib bekerja sebagai satu pasukan. Tidak boleh bergantung kepada mana-mana kuasa besar dunia. Dunia tidak bergantung kepada satu negara sahaja.
“Oleh itu, kerjasama erat serantau, bagi kita bermula dengan ASEAN. Apabila ASEAN bersatu, sehati dan sejiwa, mudah untuk kita bawa perubahan di rantau ini. Dari ASEAN kita luaskan ke Asia. Seterusnya, kerjasama dengan rantau-rantau yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Jangan bergantung kepada kuasa besar realisasikan agenda bandar hijau – Kor Ming
Tambah Kor Ming yang juga Presiden Perhimpunan Agung UN-Habitat, usaha bagi merealisasikan Pelan Strategik UN-Habitat diyakini dapat dipenuhi dengan hanya bergantung kepada negara-negara anggota PBB yang tidak semestinya dalam kalangan negara-negara kuasa besar.“Saya yakin dengan dukungan negara-negara rakan kerana Malaysia di UN-Habitat mendapat sokongan majoriti bagi melaksanakan Pelan Strategik UN-Habitat untuk terus menjana perubahan, menjaga kelestarian dan memperkasa kesejahteraan rakyat,” ujarnya.
Untuk konteks, Pelan Strategik UN-Habitat bagi tempoh 2026–2029 memberi tumpuan kepada empat bidang utama: perumahan yang mencukupi, akses kepada tanah, penyediaan perkhidmatan asas untuk semua, serta transformasi penempatan setinggan dan kawasan penempatan tidak formal.
Fokus ini bertujuan menangani cabaran global yang semakin mendesak seperti kemiskinan bandar, krisis perumahan, perubahan iklim, dan krisis kemanusiaan.
Dianggarkan 2.8 bilion orang terjejas akibat isu perumahan yang tidak mencukupi, manakala lebih 700 juta hidup dalam kemiskinan ekstrem. Perubahan iklim pula dijangka menyebabkan 216 juta orang berpindah secara domestik menjelang tahun 2050, dengan bandar-bandar menjadi semakin terdedah kepada bencana dan konflik.
Agenda AWANI: Transformasi hijau bandar-bandar di ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami