Adakah anda tahu di mana anak-anak anda akan pergi semasa cuti sekolah ini? Apakah aktiviti-aktiviti yang akan mereka akan lakukan?
Apa sahaja aktiviti mereka, berhati-hatilah apabila membenarkan anak-anak anda bermain di luar, terutamanya semasa musim hujan ini.
Satu kajian yang dilakukan baru-baru ini di Amerika Syarikat membuat ramalan bahawa kesan pemanasan global akan turut sama menyaksikan peningkatan ketara fenomena kilat.
Kajian yang dibuat oleh seorang penyelidik iklim di Universiti California, Berkeley, David Romps, menunjukkan bahawa walaupun dengan peningkatan suhu hanya beberapa darjah Celsius sahaja, impak kepada iklim adalah sangat besar.
Kajian ini menunjukkan bahawa kedua-dua faktor - hujan dan ketidakstabilan - boleh menyumbang kepada 77 peratus daripada kebolehubahan dalam pembentukan kilat di Amerika Syarikat.
Ia kemudiannya digunakan di dalam sebelas model perubahan iklim – iaitu sebuah simulasi berkuasa tinggi yang menggunakan superkomputer, yang cuba untuk mencatatkan kelakuan atmosfera dalam persamaan fizikal - untuk mengesan bagaimana perubahan masa depan dalam parameter ini akan meningkatkan fenomena kilat.
Hasilnya ialah peningkatan 12 peratus dalam pembentukan kilat per darjah Celsius kepada pemanasan global, dan dengan itu, peningkatan sebanyak 50 peratus kilat pada abad ke-21 sekiranya ia berterusan.
Walau bagaimanapun, pakar kilat, Hartono Zainal Abidin, berkata Malaysia telah dan sedang mengalami banyak fenomena kilat kerana kita mengalami ribut petir secara kerap.
Beliau berkata kajian Romps adalah berdasarkan model simulasi dan secara umumnya ia dikatahui bahawa paras haba yang tinggi akan membawa kepada paras kelembapan yang tinggi dan ini akan membawa kepada peningkatan kekerapan ribut petir.
"Walau bagaimanapun, Malaysia belum lagi melihat kesan pemanasan global di dalam kejadian kilat.
"Para penyelidik tidak sebenarnya memerhatikan ribut petir. Tetapi mungkin ada kemungkinan ia berlaku di sini. Kita hanya perlu mengambil pendekatan tunggu dan lihat, "katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.
Hartono berkata Malaysia mengalami sebanyak 180 hingga 200 ribut petir dalam setahun berbanding dengan negara-negara barat.
“Contohnya, Florida hanya mempunyai sebanyak 80 ke 100 hari yang mengalami ribut petir dalam setahun. London pula hanya menpunyai 10 ke 20 hari yang mengalami ribut petir dalam setahun.
"Malaysia pula adalah antara 10 negara yang mengalami ribut petir yang paling kerap. Oleh kerana kita kini berada di dalam musim akhir peralihan monsun, dan pada permulaan monsun timur laut di mana terdapat peningkatan angin dan ribut, jadi kita perlu lebih berhati-hati," katanya.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, monsun timur laut biasanya bermula pada awal November dan berakhir pada Mac.
Jabatan itu turut menyatakan bahawa semasa musim-musim peralihan monsun, angin pada amnya berkelajuan lemah dan arahnya berubah-ubah.
Sementara itu, Hartono berkata warganegara Malaysia tidak harus mengabaikan bahaya kilat dan mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya semasa musim cuti sekolah ini.
Usaha pelbagai pihak diperlukan bagi mewujudkan kesedaran tentang kilat untuk kanak-kanak sekolah dan melindungi mereka daripada serangan kilat, katanya.
"Ibu-bapa harus mengambil tahu apa yang anak-anak mereka lakukan semasa ribut petir. Jangan biarkan anak-anak anda berada di luar semasa ribut petir. Terangkan kepada mereka mengapa ia adalah bahaya untuk berada di luar semasa ribut petir.
“Kesedaran itu harus datang dari peringkat sekolah, kementerian serta Jabatan Meteorologi Malaysia.
"Sebagai contoh, perkara yang paling mudah yang boleh mereka lakukan adalah untuk menjalankan program keselamatan kilat di sekolah-sekolah serta jabatan-jabatankerajaan dan mengedarkan poster mengenai tips keselamatan kilat ke sekolah-sekolah," katanya.
T K Letchumy Tamboo
Mon Nov 24 2014
Pakar Kilat Hartono Zainal Abidin menasihatkan ibu bapa untuk menjaga anak-anak mereka terutamanya semasa musim hujan ini, untuk elakkan serangan kilat
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Deepavali: Sesi PdP dalam talian, hibrid untuk pelajar, pengajar Hindu - KPT
KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu adalah bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali pada Khamis ini.
Pulang dari bercuti, fenomena air pasang sumbang peningkatan mangsa banjir di PPS
Walaupun hujan sudah berkurangan dan cuaca semakin baik, jumlah mangsa banjir di negeri Kedah terus meningkat.
Konsep santai dan moden tarikan Perpustakaan Negeri Sembilan
Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang berkonsepkan moden, santai dan interaktif menarik lebih ramai pengunjung sekali gus membawa manfaat serta memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda.
Parkir percuma di MAHA 2024 bermula hari ini
Caj parkir tidak lagi dikenakan kepada pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 bermula hari ini.
Imigresen lanjut waktu operasi pejabat pada musim cuti sekolah
Langkah diambil sebagai usaha mengatasi kesesakan pelanggan yang datang memohon atau membaharui pasport sempena musim cuti sekolah.
KTMB sedia tren tambahan sempena cuti sekolah, cuti peristiwa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya.
Thailand siap siaga hadapi hujan lebat bermula esok
Thailand bersiap siaga menghadapi hujan lebat dalam beberapa hari akan datang, dengan 44 wilayah berisiko dilanda banjir kilat, limpahan air dan ombak kuat.
MAHB catat jumlah pergerakan penumpang lebih 11 juta pada Februari 2024
Antara faktor penyumbang adalah cuti sekolah selama sebulan, Festival Musim Bunga Cina selama lapan hari, pengenalan syarikat penerbangan baharu dan kekerapan tambahan.
Silverlakes Village Outlet bermandi cahaya, 150,000 bunga hiasi Pesta Lampu Flora
Pesta Lampu Flora sasar kira-kira 100,000 pengujung dari seluruh Malaysia akan datang merasai sendiri keunikan cahaya bergemerlapan.