KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihati orang awam agar tidak terlalu bimbang dengan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan di laman web rasmi kedutaan Amerika Syarikat (AS) kepada rakyat mereka di negara ini.
Menurut MetMalaysia, amaran yang dikeluarkan oleh kedutaan AS itu adalah susulan fasa Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula pada pertengahan Nov 2022 hingga Mac 2023, namun orang ramai disarankan untuk bersiap sedia sewajarnya bagi menghadapi fasa cuaca tersebut.
Justeru, orang awam disarankan mengikut arahan agensi-agensi pengurusan bencana negara semasa kejadian banjir dan diminta untuk lebih peka dengan sebarang perubahan cuaca.
"MetMalaysia melakukan pemantauan cuaca secara berterusan 24 jam sehari sepanjang tahun dan amaran cuaca dikeluarkan sekiranya dijangka berlaku ribut petir, hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora serta siklon tropika.
"Amaran cuaca tersebut akan dihebahkan melalui pelbagai saluran kepada orang awam termasuk warga AS di Malaysia," menurut kenyataan MetMalaysia hari ini.
Maklumat cuaca terkini boleh diperoleh melalui laman web iaitu www.met.gov.my aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta talian utama di 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.
MetMalaysia dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan beberapa negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak akan mengalamai hujan lebat dalam tempoh fasa cuaca itu yang boleh mengakibatkan banjir terutama di kawasan rendah selain risiko bencana lebih buruk sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022
Orang awam disarankan mengikut arahan agensi-agensi pengurusan bencana negara semasa kejadian banjir dan diminta untuk lebih peka dengan sebarang perubahan cuaca. - Gambar hiasan
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 6 negeri
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di enam negeri sehingga jam 5 petang Rabu.
Beberapa kawasan di Subang, Sungai Buloh dilanda banjir
Hujan lebat yang melanda negeri ini petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Subang dan Sungai Buloh dinaiki air.
Gempa bumi kuat dikesan di Papua New Guinea
Pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 68km iaitu 30km tenggara dari New Britain Island.
Peralihan monsun: Orang ramai dinasihat peka perubahan cuaca
Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia susulan peralihan monsun.
Jeli, Gua Musang, Temerloh dilanda gelombang haba - MetMalaysia
Gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Ramalan awal MetMalaysia: Hujan lebat menjelang Aidilfitri
MetMalaysia meramalkan kemungkinan hujan lebat dan ribut petir akan berlaku di sesetengah negeri di Malaysia menjelang Aidilfitri nanti.
Permulaan fasa peralihan monsun dijangka pada 29 Mac ini - MetMalaysia
Keadaan cuaca panas dan kering yang dialami ketika ini di kebanyakan kawasan di seluruh negara dijangka beransur pulih menjelang pertengahan April.
Cuaca panas, kering dijangka berkurang awal April
Keadaan cuaca panas dan kering yang dialami negara ketika ini dijangka mula berkurangan pada awal April.