awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa kawasan di Subang, Sungai Buloh dilanda banjir

Bernama
Bernama
16/04/2024
12:30 MYT
Beberapa kawasan di Subang, Sungai Buloh dilanda banjir
Hujan lebat yang melanda negeri ini petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Subang dan Sungai Buloh dinaiki air. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Hujan lebat yang melanda negeri ini petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Subang dan Sungai Buloh dinaiki air.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya telah menggerakkan anggota berserta beberapa aset ke lokasi terlibat iaitu di Jalan Jati, Kampung Melayu Subang dan Kampung Kubu Gajah bagi memantau situasi.
Beliau berkata pemantauan di lokasi kejadian mendapati kawasan terbabit dinaiki air antara 0.3 meter (m) hingga 0.6 m dan keadaan adalah terkawal.
''Banjir berlaku akibat limpahan sungai berhampiran dan ketika ini paras air menunjukkan trend menurun.
"Keadaan adalah terkawal dan tiada pemindahan mangsa dilakukan bagi kedua-dua lokasi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, Ahmad Mukhlis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir itu masing-masing pada 4.47 petang dan 5.44 petang.
Awal hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga 6 petang.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#Sungai Buloh
#Subang
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan