MUAR: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu dalaman parti itu tidak seharusnya dijadikan bahan perbahasan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
Beliau berkata pentas terbaik untuk membincangkan isu dalaman UMNO ialah mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu.
"Biarpun saya menghormati pandangan peribadi tetapi pendirian parti harus dihormati. Parti belum membuat pendirian dan tentunya pendirian ini akan dibincangkan apabila ada waktu yang sesuai," katanya kepada pemberita di Pusat Daerah Mengundi Parit Keroma yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani hari ini.
Ahmad Zahid mengulas ucapan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di Dewan Rakyat baru-baru ini yang dikatakan membidas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan berhubung isu tarikh Pilihan Raya Umum ke-15.
Beliau berkata walaupun Ahli Parlimen mempunyai imuniti untuk bercakap mengenai pelbagai perkara di Dewan Rakyat tetapi isu dalaman parti sepatutnya dibincangkan di pentas yang bersesuaian.
Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu melahirkan keyakinan terhadap kemampuan gabungan tersebut memenangi jumlah kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Ahmad Zahid juga berharap pengundi Johor tidak mudah terpengaruh dengan 'serangan bertubi-tubi' yang sedang disasarkan terhadap BN dan calonnya.
"Kita tahu serangan bertubi-tubi sedang menghala, bukan sahaja kepada produk kita iaitu calon BN tetapi isu nasional dibawa untuk mencemarkan nama baik kita. Kita menjangkakan itu semua namun kita yakin dengan kebijaksanaan pengundi di Johor," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac depan sebagai hari pengundian PRN Johor dan undi awal pada 8 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 06 2022
Ahmad Zahid berkata pentas terbaik untuk membincangkan isu dalaman UMNO ialah mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu. - Foto BERNAMA
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
UMNO belum terima permohonan bekas ahli - Ahmad Zahid
UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Buku 'Idealis Syed Hamid Albar' rungkai kisah hidupnya hadap dunia penuh penipuan
Buku Idealis Syed Hamid Albar boleh disimpulkan sebagai kisah perjalanan bekas Menteri Luar itu yang kesal apabila terlalu berharap mencapai kesempurnaan kerana hakikatnya, dunia penuh penipuan.
SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta