KUALA LUMPUR: Rancangan Pemuda Perikatan Nasional (PN) untuk mengadakan demonstrasi pada sambutan Hari Malaysia, Sabtu ini akan menjejaskan perayaan nasional itu yang sepatutnya disambut dengan penuh keharmonian.
Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sabah Mustapha Sakmud berkata sambutan Hari Malaysia pada tahun ini amat bermakna kerana negara bakal menyambut 60 tahun pembentukan Malaysia.
"Sepatutnya ulang tahun ke-60 ini dijadikan wadah untuk mendidik generasi muda tentang sejarah dan intipati pembentukan Malaysia dan bagaimana kita merencana agenda masa depan negara ini.
Mengajak generasi muda untuk turun berdemonstrasi bertepatan dengan sambutan Hari Malaysia bukan saja tidak menghormati perayaan nasional ini, tapi memberi isyarat yang tidak baik kepada generasi muda negara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Justeru, Mustapha yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berharap generasi muda yang sayangkan negara supaya berfikiran rasional dan tidak terjebak dengan seruan berdemonstrasi itu.
Ahi Parlimen Sepanggar itu berkata Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha untuk memastikan generasi muda negara ini dapat menikmati kehidupan lebih baik menerusi akses pendidikan berkualiti, peluang pekerjaan baharu, gaji progresif serta jaringan perlindungan komprehensif.
"Marilah kita bersama-sama meraikan sambutan ulang tahun Hari Malaysia ke-60 dengan tekad dan semangat baharu dalam memastikan negara ini akan terus diperkasakan dan menjadi antara peneraju ekonomi di rantau ini.
"Generasi muda perlu mencorakkan masa depan negara ini dengan teras keharmonian dan perpaduan yang dihasratkan oleh generasi terdahulu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023
Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sabah Mustapha Sakmud berkata sambutan Hari Malaysia pada tahun ini amat bermakna kerana negara bakal menyambut 60 tahun pembentukan Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Tukang gunting rambut tidak mengaku salah lakukan rompakan bersenjata
Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata berkumpulan terhadap seorang lelaki.
Dua ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah bernilai RM33.65 juta
KUALA LUMPUR 28 Mei (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran serbuk dadah jenis MDMA (Methylenedioxymethamphetamine) dianggarkan bernilai
AWANI Ringkas: Projek rintis DRT
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiga fasa Strategi Semikonduktor Nasional, tarik berbilion pelaburan - PM
Kerajaan berhasrat menarik sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan menerusi Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia, yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
[TERKINI] Ucaptama Perdana Menteri sempena Ekspo Semicon Asia Tenggara
Peniaga wanita mengaku miliki 102 alat mainan seks
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 102 unit peralatan permainan seks.
VEP di sempadan Malaysia-Singapura dikuat kuasa sepenuhnya 1 Okt - Loke
Peraturan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) asing di sempadan darat Malaysia-Singapura dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Okt ini bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya, k
Model Perodua, Toyota di Malaysia patuhi piawaian keselamatan - Loke
Perkara itu disahkan berdasarkan semakan serta penelitian JPJ ke atas setiap data dan keputusan pengujian semula ke atas enam model Perodua serta tiga model Toyota.
Nahas helikopter TLDM: Laporan penuh didedahkan minggu depan - Khaled Nordin
Laporan penuh nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas akan didedahkan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin.
Jangan cemarkan perayaan Hari Malaysia dengan demonstrasi
Mustapha berkata sambutan Hari Malaysia pada tahun ini amat bermakna kerana negara bakal menyambut 60 tahun pembentukan Malaysia.
Pemuda PN anjur Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia Sabtu ini
Pemuda PN bersama gabungan badan bukan kerajaan (NGO) bakal mengadakan Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia di hadapan Kompleks Sogo pada Hari Malaysia, Sabtu depan.
Fahmi kesal Pemuda PN buat laporan polis berhubung Kerajaan Perpaduan
Beliau turut menyifatkan tindakan itu sebagai biadab dan tidak menghormati keputusan Majlis Raja-Raja.
Pemuda PN sasar 30 peratus calon muda tanding PRN Johor
Wan Ahmad Fayhsal berkata, peratusan itu turut merangkumi calon wanita.
'Sindiran' Pemuda PN adalah angkuh - EXCO Pemuda UMNO
Tindakan Ketua Pemuda Perikatan Nasional yang menyindir keputusan kepimpinan UMNO untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah angkuh.
Desak PM berundur: Kenyataan Ahmad Zahid pelanggaran titah Agong - Pemuda PN
Pemuda PN menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan Kabinet sedia ada.
Pelan Pemulihan Negara: Usaha proaktif kerajaan jamin kemampanan negara dan kesejahteraan rakyat - Pemuda PN
Pelan Pemulihan Negara ini adalah game changer untuk membawa kita menuju jalan keluar - "exit plan" kepada permasalahan hari ini.
Tindakan Israel merupakan imperialisme Zionis - Pemuda PN
Pemuda PN menyatakan pendirian mereka untuk bersolidariti dengan teguh bersama rakyat dan negara Palestin yang dirobek martabat dan kedaulatan mereka.