awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan dengar cakap golongan anti vaksin - Tun Dr Siti Hasmah

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/03/2019
10:08 MYT
Jangan dengar cakap golongan anti vaksin - Tun Dr Siti Hasmah
Tun Dr Siti Hasmah Ali mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak mendengar sebarang kempen mengelirukan daripada golongan anti-vaksin.
Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Ali mengingatkan rakyat Malaysia, khasnya golongan isteri dan ibu bapa agar tidak mendengar sebarang kempen mengelirukan daripada golongan anti-vaksin.
Beliau berkata, sudah banyak kes yang melibatkan kematian dilaporkan pihak media ekoran kedegilan sesetengah ibu bapa untuk membenarkan anak mereka diberi vaksin khusus untuk penyakit-penyakit tertentu.
“Kini ada anti-vaksin kempen,iaitu satu golongan, khasnya di Kedah dengan Kelantan dan mana-mana ada satu kumpulan yang mengatakan kanak-kanak, anak-anak kecil yang kita lahirkan itu tidak perlu diberi vaksin untuk mencegah penyakit-penyakit yang pada dahulunya tidak ada lagi dalam negara kita.
“Sekarang sudahpun dibuktikan bahawa difteria telah pun berlaku semula di negeri Johor, dan anak itu telah meninggal dunia,” katanya lagi.
Menurut Dr Siti Hasmah, ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak berusia lebih enam bulan perlu terus mendapatkan rawatan imunisasi, khususnya untuk melindungi mereka daripada penyakit tuberculosis, difteria, polio dan tetanus.
“Tolonglah ingatkan pesanan saya ini sebab kita tak mahulah anak-anak kita yang kita lahirkan selepas cukup bulan itu disia-siakan sahaja.
“Saya harap ini (pesanan) wanita sebagai isteri dan ibu akan ambil perhatian untuk sejahtera kita diri kita sendiri dan keluarga kita juga,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#anti-vaksin
#Jangan dengar cakap golongan anti vaksin
#Kanak-kanak
#Perdana Menteri
#Tun Dr Siti Hasmah Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan