Kotak pembasmi kuman atau terowong sanitasi yang digunakan di pasar raya besar Mydin sebagai langkah pencegahan awal jangkitan COVID-19 adalah selamat dan bersifat mesra alam.
Pengarah Urusan, Mydin Mohamed Holding Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, bahan cecair nyah cemar yang digunakan itu telah diperakui tidak mendatangkan sebarang kesan kepada kulit tubuh dan mata oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat serta Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).
"Cecair yang kita guna ini adalah dibekalkan oleh syarikat tempatan yang berpengalaman kira-kira 15 tahun dalam penghasilan cecair nyah cemar," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Menurut Ameer Ali, bahan itu juga mengandungi agen pencegah bakteria dan anti virus (anti-microbial) yang jarang didapati pada cecair lain di pasaran.
Selain keselamatan, katanya, kesihatan pelanggan dan kakitangan adalah menjadi keutamaan mereka.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, laporan media dan saranan baru-baru ini yang meminta orang awam mengelakkan dari menggunakan dan menghasilkan terowong sanitasi telah diambil di luar konteks.
"Kenyataan ini dibuat berikutan tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab menggunakan sumber yang berbahaya seperti bahan kimia, alkohol, klorin dan sehinggakan ada menggunakan cecair berasaskan kapsul denggi yang membahayakan tubuh manusia," jelasnya.
Ameer menambah, di samping langkah itu, pasar raya Mydin turut menyediakan cecair pembasmi kuman, pemeriksaan suhu dan mengamalkan penjarakan sosial ketika membeli-belah.
"Kita juga melakukan sanitasi di kawasan-kawasan yang kerap menjadi tumpuan agar pelanggan sentiasa berasa selesa dan selamat ketika membeli-belah," ujarnya.
Dalam perkembangan berasingan, beliau menjelaskan beberapa cawangan pasar raya besar itu ditutup sementara setelah mengambil kira faktor keselamatan kakitangan dan pelanggan.
Antara cawangan Mydin yang ditutup sementara adalah di Emporium Sinar Kota dan Masjid India di kawasan sentral sementara Mydin Aman Sentral Supermarket di utara dan Emporium Melaka di selatan.
Umavathi Ramayah
Thu Apr 16 2020
Ameer Ali Mydin berkata, bahan cecair nyah cemar yang digunakan oleh pasar raya Mydin telah diperakui tidak mendatangkan sebarang kesan kepada kulit tubuh dan mata oleh agensi antarabangsa.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Kebakaran Mydin Manjoi: Ameer Ali reda, syukur tiada kemalangan jiwa
Seluruh warga kerja Mydin Mohamed Holdings Berhad menerima ketentuan Allah SWT.
Isu beras tempatan: 'Bekalan cukup? Menteri boleh datang ke Mydin' - Ameer Ali
Isu kekurangan bekalan beras tempatan terus meruncing... kali ini di pasar raya besar Mydin turut menerima kesan yang sama.
Langkah MYDIN sahut pendigitalan ekonomi, usaha terpuji, wajar dicontohi - Fahmi
Katanya, MYDIN melakukan anjakan paradigma yang harus diikuti syarikat-syarikat lain supaya kekal kompetitif dalam industri.
Tidak ada kenaikan harga barang sampai 20 peratus - Ameer Ali Mydin
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin menjangka sekiranya berlaku kenaikan harga barang pada Ogos in, ia hanya akan membabitkan kenaikan sekitar satu hingga d
Mydin beli produk PMKS bernilai RM230 juta setahun
Sebanyak 90 peratus pembelian adalah produk makanan dan minuman kerana ia adalah keperluan harian.
Peniaga perlu henti harapkan subsidi tambahan - Ameer Ali
Peniaga Menu Rahmah jangan harap subsidi tambahan untuk kekal menjual hidangan tersebut, pesan bos besar Mydin.
Cadangan penambahbaikan Payung Rahmah, biarlah kementerian buat kajian menyeluruh - Salahuddin
KPDN perlu diberi ruang untuk membuat kajian menyeluruh mengenai inisiatif Payung Rahmah sebelum mengambil kira cadangan-cadangan yang dibuat pihak tertentu.
Kenaikan gaji tak wajar disekat, naikkan secara sistematik - Ameer Ali Mydin
Ia adalah kesilapan kerajaan selama ini yang menyebabkan kuasa membeli rakyat tidak seiring dengan kenaikan kos sara hidup.
Mydin perluas Menu Rahmah ke seluruh negara
Meskipun kos bahan mentah di Sabah dan Sarawak lebih tinggi, pihaknya tetap bertekad menawarkan menu makanan bawah RM5 di seluruh negara.
Akta Kerja: Jangan tergesa-gesa, bincang dengan pemegang taruh - Ameer Ali Mydin
Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 perlu dijalankan secara berperingkat, sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan pertama tahun hadapan.