Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat akan beberapa perkara yang boleh memusnahkan negara, antaranya menjadi musuh dalam selimut atau bersekongkol dengan musuh-musuh negara.
Perdana Menteri berkata mereka ini adalah antara orang yang tidak cintakan negara dan hanya ingin melihat akan kehancurannya.
"Sebagai Perdana Menteri, kepentingan rakyat terus menjadi keutamaan saya. Saya akan pastikan Malaysia terus berjaya dan kekal aman serta rakyat terus berpeluang untuk mencari rezeki di negara ini.
"Dalam mencapai objektif tersebut, penting untuk saya mengingatkan semua akan beberapa perkara yang boleh memusnahkan negara kita sendiri," katanya menerusi entri terbaru blog najibrazak.com hari ini.
Memperingati peristiwa di Lahad Datu, Najib berkata negara telah kehilangan patriot-patriot berikutan tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.
"Kita masih ingat lagi peristiwa di Lahad Datu di mana anggota keselamatan telah terkorban kerana wujudnya musuh dalam selimut.
"Ketika itu, pihak pencoroboh telah mendapat maklumat awal akan pergerakan pasukan keselamatan kita dan melakukan serangan hendap di sebuah rumah," katanya.
Baru-baru ini juga, kata beliau, rakyat hampir menjadi mangsa akibat tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang bagaikan gunting dalam lipatan sehingga negara hampir kehilangan pelaburan dari Arab Saudi.
Ini berikutan penyebaran fitnah berkenaan keadaan ekonomi negara yang kononnya kerajaan akan bankrap dan bakal tidak mampu membayar gaji perkhidmatan awam.
"Ini tidak benar sama sekali. Alhamdulillah, setelah menunjukkan prestasi sebenar ekonomi negara, Arab Saudi telah bersetuju untuk melabur sebanyak RM31 bilion di Malaysia melalui syarikat minyak Aramco," kata Perdana Menteri.
Beliau berkata, rakyat Malaysia akan mengalami kerugian sekiranya pihak tidak bertanggungjawab tersebut berjaya dalam fitnah mereka.
Berikutan fitnah itu, Najib berkata rakyat sudah pasti akan dinafikan peluang-peluang pekerjaan berpendapatan tinggi serta peluang pendapatan dari sektor sokongan hasil pelaburan Arab Saudi tersebut.
Pada masa yang sama, beliau menyatakan rasa pelik terhadap bekas pemimpin negara yang turut memburukkan negara dengan berita yang tidak benar sama sekali.
"Menurut beliau, Malaysia adalah antara 10 negara yang korup di dunia. Ini tentunya tidak benar. Sebenarnya, kita berada di tangga ke-55 antara 176 buah negara dalam Indeks Persepsi Rasuah 2016, dan sudah tentunya masih wujud ruang untuk penambahbaikan.
"Tetapi untuk berbohong, menyebarkan fitnah dan memburukkan tanah air sendiri, saya soal di manakah semangat cintakan negara pemimpin tersebut?" tanya perdana menteri.
Sebagai pemimpin, beliau menganggap perkara-perkara tersebut sebagai cabaran dan peringatan dalam membina negara yang tercinta.
"Namun begitu, kita sebagai rakyat Malaysia harus terus mengorak langkah ke hadapan. Dalam menghadapi cabaran, kita juga telah menyaksikan potensi sebenar Malaysia apabila rakyatnya bersatu-padu," kata beliau.
Mengambil contoh acara badminton di Rio, katanya negara hampir memenangi pingat emas Sukan Olimpik manakala pemain bola sepak Faiz Subri berjaya memenangi anugerah Puskas FIFA atas semangat negara dan sokongan rakyat.
"Krisis MH370 dan MH17 juga telah menunjukkan betapa kuatnya Malaysia apabila rakyatnya bersatu dan Insya-Allah, krisis hubungan diplomatik dengan Korea Utara ini juga akan diselesaikan," kata Perdana Menteri.
Selain itu, katanya kesemua rakyat Malaysia adalah patriot-patriot negara walaupun tidak berjuang di medan pertempuran.
"Kita adalah patriot jika kita bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam," katanya.
Sebagai guru, katanya mereka adalah patriot jika berdedikasi dalam mendidik anak bangsa, ibu-bapa adalah patriot dalam memastikan anak-anak membesar menjadi insan yang berguna manakala rakyat pula harus terus menunjukkan perasaan kasih sayang.
Maka dalam usaha membina negara ini, beliau berkata rakyat harus kekal bersatu dan semangat cintakan negara harus dipupuk secara berterusan serta semangat patriotisme mestilah disemarakkan dan dizahirkan sepanjang tahun, bukan sekadar wujud dalam bulan Ogos. -- Bernama
Bernama
Sat Mar 18 2017
PM NAJIB: "Saya akan pastikan Malaysia terus berjaya dan kekal aman serta rakyat terus berpeluang untuk mencari rezeki di negara ini." - Gambar fail
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.
Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.
Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.
Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.
Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.
Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.
Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.
Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.