awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan jadikan masjid, surau di Negeri Sembilan pentas ceramah politik - MB

Bernama
Bernama
08/03/2023
09:24 MYT
Jangan jadikan masjid, surau di Negeri Sembilan pentas ceramah politik - MB
Aminuddin berkata ia bagi memastikan institusi berkenaan tidak disalah guna selain menjaga keharmoniannya, sekali gus memelihara kesucian agama Islam. - Bernama
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengingatkan ahli politik supaya tidak menjadikan masjid dan surau di negeri ini sebagai pentas untuk berceramah politik, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata ia bagi memastikan institusi berkenaan tidak disalah guna selain menjaga keharmoniannya, sekali gus memelihara kesucian agama Islam.
Katanya larangan ke atas mana-mana ahli politik atau wakil rakyat daripada menggunakan masjid sebagai 'tapak' ceramah juga sudah lama dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
"Kita ingatkan mereka yang datang berceramah ke sini, tidak boleh berceramah politik, kena hati-hati, kita tak nak perkara ini merosakkan institusi masjid. Kalau nak berceramah, buatlah ceramah umum di luar...janganlah kacau masjid dan surau.
"Wakil rakyat kita tak ada ceramah di masjid, kita hormat, dulu ada wakil rakyat yang baca khutbah tapi kita dah maklumkan tak dibenarkan dia baca khutbah. Kita tak mahu ada ucapan politik dalam masjid, itu sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata tiada sekatan bagi penceramah tertentu untuk mengadakan ceramah di negeri ini setakat ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata semua pihak perlu menghormati dan akur terhadap arahan pihak berkuasa agama negeri mengenai larangan ahli politik menyampaikan kuliah atau ceramah politik di masjid dan surau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aminuddin Harun
#Anwar Ibrahim
#ceramah
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan