Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parti itu supaya tidak mengkhianati semangat perjuangan reformasi selain terus komited merealisasikan janji untuk membawa budaya politik baharu iaitu matlamat tidak menghalalkan cara dan kaedah yang salah.
Berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Serentak Keadilan Sabah, Anwar berkata, setiap ahli PKR boleh berbeza pendapat dan dalam masa sama memberi pandangan kepada pemimpin.
Bagaimanapun, ahli parti, kata beliau, tidak boleh sama sekali mengkhianati semangat perjuangan menuntut reformasi yang sememangnya sudah menjadi landasan dan tunggak parti itu sejak awal penubuhannya.
Anwar juga mahu ahli PKR sentiasa bermuhasabah dan mengintropeksi diri bagi memastikan bibit-bibit yang ada dalam budaya politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) seperti salah guna kuasa, rasuah, gila kuasa dan memperkayakan diri tidak wujud dalam kalangan ahli parti itu.
"Dulu jangan lupa, kita serang UMNO dan BN habis-habisan. Sebab apa? sebab gila kuasa, gondol kekayaan, memperkayakan diri dan memiskinkan rakyat. Sekarang, orang akan tanya apakah bibit-bibit yang ada dalam budaya UMNO itu juga terhimpit dan tersangkut dalam kalangan kita. Kalau ada, kita harus bertindak dan nyahkan daripada pengaruh ini.
"Ini dikatakan intropeksi, muhasabah, kritik diri kita sendiri. Jangan sibuk serang orang sahaja kerana kita sekarang ada kuasa. Atas sebab itu, kita harus buat penilian tentang dasar kita. Kita lihat umpamanya, pengumuman usaha-usaha dilakukan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri (Sabah), kita harus akui menyokong langkah-langkah baik yang dilakukan.
"Ada orang kata tiada perubahan sama sekali, saya tidak setuju, perjalanan Parlimen berubah, badan Kehakiman berubah, media berubah. Ada perubahan. Tetapi kita juga tidak sabar, kita tidak mahu tunggu 50 tahun lagi berubah, maka sebab itu, tuntutan, gesaan, asakan itu kian kuat meminta perubahan itu dengan kadar yang lebih pantas dan cepat," katanya.
Mengulas lanjut, Anwar juga mahu pemimpin dan ahli PKR termasuk daripada parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mudah melenting apabila dikritik mahupun ditegur oleh pihak lain atau media sebaliknya, perlu lebih rasional dengan menilai serta menjawab perkara dibangkitkan secara sopan.
"Kita kena ingat suasana berubah. Sejak PH memerintah, antara langkah awal diambil oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah membebaskan media. Bila media bebas, yang kena serang itu kita. Tetapi, itu yang kita janji. Apa yang kamu minta itu yang kamu dapat. Kita minta media harus bebas.
"Sekali dah bebas, kritik kita tak boleh. Jika (menteri) faham reformasi, dia akan dengar, nilai, dan jawab dengan baik dan sopan. Itu budaya politik baharu yang kita bicarakan," katanya.
Anwar turut menasihatkan pemimpin dan ahli PKR untuk sentiasa mengingati naratif baharu parti iaitu menjadi wakil kepada kepentingan majoriti rakyat pelbagai kaum yang memerlukan pembelaan selain memastikan pembangunan yang dibawa seiring dengan penerapan nilai-nilai pembangunan insan.
PKR mahu melahirkan pemimpin yang menjadi juara, pejuang dan pembela nasib rakyat di peringkat akar umbi dan bukannya mempertahankan golongan korporat atau ahli perniagaan kerana PKR ditubuhkan oleh rakyat bawahan di jalanan yang menuntut perubahan, katanya.
Sementara itu, Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew ketika berucap berkata, PKR negeri itu mahu semua ahli memainkan peranan masing-masing di pelbagai peringkat untuk membantu kerajaan negeri merealisasikan perubahan yang diperjuangkan parti selama 20 tahun di Sabah.
Pada majlis itu, Anwar diiringi Liew menerima sebanyak 11,362 borang keahlian baharu PKR Sabah yang didaftarkan secara dalam talian. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 17 2019
Anwar ingatkan ahli PKR supaya tidak khianati semangat perjuangan reformasi selain komited realisasikan janji untuk membawa budaya politik baharu. - Gambar fail BERNAMA
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.