TATKALA giat dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, jangan leka atau cuai memberi perhatian kepada kesihatan mulut dan gigi.
Minuman manis dan aneka kuih raya selain pelbagai jenis juadah pastinya menjadi santapan harian sepanjang sambutan perayaan ini.
Kegagalan menjaga kesihatan mulut dan gigi boleh membawa kepada pelbagai masalah lain selain masalah kerosakan gigi, penyakit gusi, yang akhirnya mengakibatkan kehilangan gigi.
Ia juga penyebab pelbagai penyakit lain yang tidak semestinya berhubung kait secara langsung.
Ketua Jabatan dan Perunding Pakar Bedah Pergigian dari Pusat Perubatan Prince Court, Dr Janmeet Kaur mendalami beberapa isu penting berkaitan penjagaan kesihatan mulut.
Antaranya adalah peranan pemakanan, salah tanggapan, strategi penjagaan kesihatan pergigian, kemajuan teknologi dan perubatan dalam penjagaan mulut, trend baharu dan faktor utama untuk mengekalkan tabiat kebersihan mulut yang baik.
“Penyakit gusi kronik tidak hanya terhad kepada masalah mulut; sebaliknya ia memberi kesan kepada kesihatan sistemik, terutamanya penyakit kardiovaskular dan diabetes. Ini kerana kesihatan mulut yang lemah turut dikaitkan dengan peningkatan paras gula dalam darah.
"Di samping itu, penyakit gusi dan masalah kardiovaskular juga berpotensi mengancam nyawa sekiranya penjagaan mulut tidak sempurna. Oleh itu, utamakan kebersihan mulut bukan sekadar untuk mempunyai senyuman yang manis, tetapi mengelakkan segala komplikasi perubatan yang lebih buruk,” kata Dr Janmeet.
Beliau turut menambah, ia boleh mengganggu interaksi sosial dan keyakinan seseorang selain ketidakselesaan fizikal yang menjejaskan kualiti hidup seperti kesukaran mengunyah sehinggalah masalah harga diri yang timbul ekoran nafas berbau atau sakit gigi.
Oleh sebab itu, Dr Janmeet menggesa semua orang agar mengekalkan kesihatan mulut dan gigi demi kesejahteraan keseluruhan dan bukan sekadar nilai estetika atau kosmetik untuk kelihatan cantik.
“Bagi mengekalkan kesihatan mulut yang baik, pada saya, ia harus bermula dengan pemakanan yang baik. Pemakanan yang seimbang, kaya dengan probiotik seperti yogurt, protein dan bijirin penuh, menyokong kesihatan keseluruhan dan mengurangkan risiko masalah mulut.
"Paling penting adalah mengehadkan pengambilan gula, makanan berasid dan minuman berkarbonat kerana ia boleh merosakkan enamel dan menyebabkan kerosakan gigi,” ujar Dr Janmeet.
Beliau berkata, air berfluorida juga membantu meneutralkan asid dalam mulut dan menggalakkan pengeluaran air liur yang mana, penting untuk kesihatan mulut.
Berhubung dengan isu-isu salah tanggapan mengenai kesihatan mulut, Dr Janmeet berkata antara yang paling umum adalah mengabaikan pemeriksaan gigi dan rutin flos gigi.
“Kebanyakan orang enggan berjumpa doctor gigi sehingga mereka berdepan masalah gigi atau mulut. Mereka merasakan ia tidak perlu. Ini satu salah tanggapan yang sangat umum,” kata beliau.
Oleh yang demikian, Dr Janmeet menasihati semua agar melawat doktor gigi secara berkala, enam bulan atau setahun sekali. Beliau juga menekankan kepentingan flos yang membantu menyingkirkan pengumpulan kotoran di celahan gigi sehingga membentuk plak.
“Tidak ketinggalan, pemeriksaan gigi dan mulut bagi golongan kanak-kanak. Ada ibu bapa yang mengabaikan kesihatan mulut anak hanya kerana gigi susu akan gugur, jadi tidak perlukan penjagaan. Tetapi kesihatan gusi itu penting dan harus dijaga sejak kecil lagi,” katanya lagi.
Dr Janmeet berkata, kebersihan mulut yang baik memerlukan pelbagai pendekatan merangkumi pendidikan, konsistensi, lawatan ke klinik pergigian, tabiat pemakanan dan pengambilan air.
“Pada dasarnya, usaha penjagaan kesihatan mulut berkait rapat dengan kesejahteraan keseluruhan, oleh itu kekalkan penjagaan holistik keseluruhan tubuh menerusi pengurusan diri yang proaktif,” kata Dr Janmeet lagi.
Baliau juga akui, perubatan pergigian sedang mengalami revolusi teknologi seperti mortar mikro untuk tampalan dan teknik invasif minimum seperti lelasan udara dan pergigian mikroskopik menjadikan prosedur pergigian lebih tepat dan selesa. Alatan pergigian digital seperti sistem CAD/CAM dan teknologi pencetakan 3D juga telah memperkemas proses pengimejan, mengurangkan masa rawatan membolehkan masalah gigi dirawat dengan mudah dan tepat.
“Diagnostik berkuasa AI, tele-pergigian untuk perundingan jarak jauh dan peranti pintar seperti berus gigi dan kamera intra-oral merevolusikan penjagaan kesihatan mulut. Inovasi ini meningkatkan ketepatan diagnosis, memudahkan akses kepada penjagaan, dan memperkasa pesakit untuk terlibat secara aktif dalam pengurusan kesihatan mulut mereka,” ujarnya.
“Oleh itu, jika anda masih ragu-ragu untuk mendapatkan rawatan mahupun pemeriksaan mulut, tidak perlu berfikir panjang. Apatah lagi jika sudah lama tidak berbuat demikian,” Dr Janmeet mengingatkan supaya tidak meninggalkan ‘janji temu’ doktor gigi, lebih-lebih lagi pada musim perayaan ini.
Nizha Periaswamy
Mon Apr 22 2024
Semua orang disaran mengekalkan kesihatan mulut dan gigi demi kesejahteraan keseluruhan dan bukan sekadar nilai estetika atau kosmetik untuk kelihatan cantik. - Gambar hiasan/Pexels
Guru Sabah menang Anugerah Guru Dedikasi Cambridge 2024
Guru Kolej Vokasional Keningau Sydney Engelbert dari etnik Kadazandusun, dinobat sebagai pemenang Anugerah Guru Dedikasi Cambridge 2024.
Penduduk Bandar Nam Tung minta PBT ambil perhatian segera masalah kebersihan
Keadaan kebersihan yang tidak terurus di Bandar Nam Tung mencacatkan reputasinya sebagai destinasi pilihan penggemar makanan laut di Sandakan.
Awang Tengah ke China, tarik pelaburan berasakan buluh
Kerajaan Sarawak menjemput G-COVE Technologies Co Ltd untuk mempertimbangkan pelaburannya berasaskan buluh di negeri itu.
HAWANA 2024: Etika teras kewartawanan mapan
Acara kemuncak HAWANA 2024 akan berlangsung esok dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Waertawan AWANI BOrneo Fadilah Sulaiman ada butirannya.
Ikan tilapia, bandaraya kuasai sungai di Lembah Klang
Spesies ikan asing iaitu tilapia dan bandaraya menguasai enam sungai di Lembah Klang.
Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan KL City, JDT
Polis sedang mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak antara Kuala Lumpur City (KL City) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di luar Stadium Cheras di sini pada Sabtu.
Piala Dunia ISTAF: Malaysia kempunan tamatkan kemarau 33 tahun
Impian Malaysia untuk menamatkan kemarau 33 tahun skuad sepak takraw dalam acara berkumpulan Piala Dunia ISTAF. tidak kesampaian.
Abang Jo mahu etika kewartawanan dipertahankan di era AI
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg meminta setiap wartawan untuk membuat liputan yang lebih bertanggungjawab dan tepat, dalam menghadapi saingan teknologi yang semakin hebat.
Teknologi AI boleh membantu dan boleh juga disalah guna - Abang Johari
Semasa teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh membantu banyak perkara dalam kehidupan seharian, pada masa yang sama ia juga boleh disalah guna.
Pasangan tular bawa bayi pakai alat pernafasan sudah isi borang nikah
Pasangan tular yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan memakai alat bantuan pernafasan dengan menaiki motosikal baru-baru ini akan dinikahkan dalam masa terdekat.
Jangan leka jaga kesihatan mulut, lagi-lagi lepas raya
Semua orang disaran mengekalkan kesihatan mulut dan gigi demi kesejahteraan keseluruhan dan bukan sekadar nilai estetika atau kosmetik untuk kelihatan cantik.
KKM laksanakan tinjauan kesihatan mulut, dapatkan data kesihatan pergigian
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan tinjauan kesihatan mulut untuk orang dewasa di seluruh negara bagi data kesihatan pergigian serta bebanan penyakit pergigian dalam kalangan warganegara.
Mulut penuh bakteria sebabkan ulser dalam perut
Kaji selidik menunjukkan 98 peratus rakyat Malaysia kurang menjaga kesihatan mulut dengan 94 peratus daripada mereka mempunyai masalah gusi.