awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
Pentadbiran Trump gugurkan hampir 30 diplomat kanan dari jawatan duta
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sampaikan ucapan Krismas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan percaya tweet palsu 'harga minyak', 'KFC' - Ahmad Maslan

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
01/07/2015
05:31 MYT
Jangan percaya tweet palsu 'harga minyak', 'KFC' - Ahmad Maslan
AHMAD MASLAN: 'Jangan percaya Tweet palsu minyak naik harga dengan KFC saya' - Gambar fail
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau telah menghantar satu tweet mengenai kenaikan harga minyak dan kehadiran orang ramai di restoran ayam goreng KFC.
Katanya, dakwaan yang disifatkan tidak masuk akal itu dibuat bagi memburuk-burukkan namanya susulan perubahan harga minyak bermula 1 Julai.
"Ini tweet palsu daripada orang yang tidak betul dan cuba memfitnah.
"1 Jun saya tidak ada tweet begitu. Jika dimaksud hari ini, ia bulan puasa," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Catatan itu turut dimasukkan sebagai posting terbaharu di laman Tweet Ahmad.
Ini tweet palsu kerja org tak betul & fitnah.1/6 saya tak ada tweet begitu. Jika dimaksud hari ini, kan bulan puasa. pic.twitter.com/DXtxwwlB9w
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) July 1, 2015
Pada pagi Rabu, tersebar di beberapa portal dan laman sosial mengenai tweet Ahmad yang menyebut 'Minyak naik 10 sen tetapi ramai di KFC'.
Namun, tarikh yang tertera pada tweet itu adalah 1 Jun dan bukan 1 Julai.
BACA: Harga runcit RON95 dan RON97 naik pada Julai
Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa 1 Julai.
Harga baharu RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
BACA: Pemberitahuan perubahan harga minyak kini hanya kepada pengusaha minyak - Hasan
Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan bahawa notis pemberitahuan perubahan harga petrol dan diesel hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#KFC
#minyak
#Tweet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan