awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos urus penyakit tidak berjangkit cecah RM64.3 bilion setahun, fokus pencegahan - Dr Dzulkefly
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan pertaruhkan masa depan negara, rakyat - pesan Agong kepada ahli politik

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
13/09/2021
03:53 MYT
Jangan pertaruhkan masa depan negara, rakyat - pesan Agong kepada ahli politik
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Jangan sama sekali meletakkan masa depan negara dan rakyat sebagai taruhan dalam percaturan untuk mencapai agenda tertentu.
Demikian titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada semua Ahli Parlimen ketika bertitah pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini.
Titah Seri Paduka Baginda, lebih setahun berlalu, negara masih belum bebas sepenuhnya daripada pandemik dan menyebabkan rakyat dibelenggu dengan masa hadapan yang kelam.
“Beta menyeru kepada ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk mengembalikan fokus kepada usaha memerangi pandemik COVID-19 serta membawa kembali sinar kepada rakyat beta dan negara tanah tumpahnya darah kita,” titah Baginda.
Titah Al-Sultan Abdullah lagi, terlalu ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan penularan pandemik dan ramai juga yang kehilangan sumber rezeki.
“Ratusan pucuk surat telah beta terima dari rakyat beta yang merintih penuh duka dengan seribu harapan agar sinar perubahan dapat mereka kecapi dengan segera bagi meneruskan kehidupan seharian seperti biasa,” titah Baginda.
Sebelum mengakhiri titah, Seri Paduka Baginda mendoakan agar Malaysia dan rakyat terus diberkati.
“Semoga Malaysia serta rakyat yang beta kasihi akan terus diberkati dan dianugerahkan oleh Allah dengan taufik dan hidayah, aman sentosa serta hidup bersatu padu di bawah lindunganNya,” titah Baginda.
Baginda turut berkenan menutup titah dengan tiga rangkap pantun:
“Dari Segamat ke Kota Tinggi, Hajat mulanya ke Kuala Pahang, Kepada Yang Berhormat ikhlaslah berbakti, Tidaklah rakyat gusar dan bimbang.
Kalau memandang langit yang tinggi, Jangan lupa rumput di bawah, Bekerjalah Yang Berhormat sepenuh hati, Martabatkan negara kembali bermaruah.
Rempah halia digaul diuli, Buat ramuan nasi kebuli, Sumpah setia ketaatan diberi, Pertahankan negara dan ibu pertiwi.”
Sebaik selesai bertitah, Seri Paduka Baginda sempat berseloroh:
“Kalau siapa nak jawab, tunggu tahun depan,” seraya disambut ketawa daripada Ahli Parlimen yang berada di Dewan Rakyat.
Ikuti semua kandungan ini di laman mikro Sisi TV Parlimen serta di semua platform media sosial Astro AWANI sepanjang sidang Parlimen ini berlangsung.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Dewan Rakyat
#COVID-19
#Parlimen
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan