awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan politikkan laporan mengenai MH17 - Muhammad Kamil

Astro Awani
Astro Awani
13/05/2025
15:49 MYT
Jangan politikkan laporan mengenai MH17 - Muhammad Kamil
Tegas Kamil, mempolitikkan tragedi MH17 adalah tingkat paling bawah untuk mengaut laba politik murahan, apatah lagi ketika Malaysia terus mendukung segala usaha bagi menegakkan keadilan buat mangsa dan waris tragedi MH17. - Gambar keadilanrakyat.org
KUALA LUMPUR: Timbalan AMK Pusat, Muhammad Kamil Abdul Munim menggesa semua pihak agar tidak mengeksploitasi laporan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bahawa Rusia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014.
Katanya, kenyataan daripada kerajaan Belanda dan Australia mengenai perkara itu secara kebetulan dikeluarkan malam tadi, sejurus sebelum lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia hari ini, yang sudah lama dirancang.
"Apa yang penting adalah laporan tersebut tidak seharusnya dieksploit dan ditunggang oleh pihak-pihak yang picisan dan dangkal isu.
"Jangan kita mudah terheret dengan permainan kuasa-kuasa besar dengan membantu menghalakan peluru musuh ke arah kita. Mempolitikkan tragedi MH17 adalah tingkat paling bawah untuk membenih dan mengaut laba politik murahan," katanya mengulas kenyataan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang mahukan perdana menteri tidak mendiamkan diri berhubung isu itu ketika kunjungannya ke Rusia.
Tegas Kamil, mempolitikkan tragedi MH17 adalah tingkat paling bawah untuk mengaut laba politik murahan, apatah lagi ketika Malaysia terus mendukung segala usaha bagi menegakkan keadilan buat mangsa dan waris tragedi MH17.
Tambahnya lagi, kunjungan rasmi ke Rusia ini pasti akan membuahkan hasil yang memberi manfaat kepada negara dan rakyat, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai negara yang tegas, bermaruah dan berwibawa.
Topic Berkaitan
#MH17
#Anwar Ibrahim
#Russia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan