NATIONAL
Jangan politikkan program penerangan kewarganegaraan - Saifuddin Nasution

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa semua pihak supaya tidak mempolitikkan sebarang program taklimat dan penerangan berkaitan kewarganegaraan yang dianjurkan di pusat khidmat DUN. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa semua pihak supaya tidak mempolitikkan sebarang program taklimat dan penerangan berkaitan kewarganegaraan yang dianjurkan di pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ringkasan AI
- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, meminta semua pihak tidak mempolitikkan program taklimat kewarganegaraan di pusat khidmat DUN yang menerima banyak permintaan berkaitan permohonan kewarganegaraan.
- Beliau menegaskan bahawa program-program ini tidak bertujuan untuk memberi kewarganegaraan secara borong, tetapi untuk membantu menyelesaikan isu kewarganegaraan seperti anak luar nikah, anak angkat, dan perkahwinan luar negara.
- Saifuddin Nasution juga menggesa agar diberi ruang kepada wakil rakyat untuk menjalankan tugas mereka, sambil menyebut aduan kewarganegaraan yang diterima dari kawasan berdekatan sempadan seperti di Kelantan.
Beliau diminta mengulas mengenai majlis taklimat dan penerangan kewarganegaraan anjuran Pusat Khidmat DUN Stulang yang dijadual pada 30 Jun ini, ditangguhkan selepas mencetuskan kontroversi dan kecaman awam.
Saifuddin Nasution turut meminta semua pihak memberikan ruang kepada wakil rakyat untuk menjalankan tugas mereka.
"Pagi ini, saya menerima mesej daripada Ahli Parlimen di Kelantan yang menerima banyak aduan mengenai masalah kewarganegaraan.
"Ini kerana kawasannya berdekatan dengan Thailand, banyak kes kahwin dengan warga tempatan. Jadi apabila wakil rakyat menganjurkan program seumpama ini, ia perlu dilihat daripada kaca mata yang jernih," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami