Kumpulan liberal di negara ini dikesan mempunyai perancangan rapi dan tidak semberono dalam menentang konsep wasatiyyah yang diperkenal kerajaan .
Walaupun hanya minoriti, kumpulan itu dengan perancangan rapi berjaya memanipulasi konsep wasatiyyah sekali gus mengelirukan umat Islam mengenai prinsip kesederhanaan yang sebenarnya.
Mendedahkan perkara itu, Pensyarah Institut Wasatiyyah Malaysia, Datuk Mohd Yusof Din berkata kumpulan mendukung konsep kesederhanaan perlu mempunyai kesedaran tinggi dan usaha jitu bagi membanteras usaha kumpulan yang sengaja mewujudkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.
"Kumpulan liberal ini cuba menggambarkan maksud wasatiyyah mengikut fahaman atau tanggapan mereka sendiri, menggunakan pelbagai ruang untuk penuhi tuntutan mereka dan selagi tidak dipenuhi, mereka tidak akan berhenti.
"Atas sebab itu, menjadi kewajipan kita (umat Islam) untuk memahami apa yang dituntut oleh agama supaya tidak mudah terpengaruh dan mempercayai agenda kumpulan liberal berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjadi panel dalam Muzakarah Tiang Seri 1 'Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai Manhaj Wassatiyyah' pada majlis Muzakarah Tiga Tiang Seri Melayu, di Auditorium Kompleks Islam di sini pada Sabtu.
Mohd Yusof berkata konsep wasatiyyah atau kesederhanaan secara asasnya dikategorikan sebagai berada di pertengahan iaitu tidak melampau serta tidak longgar.
Beliau berkata atas premis itu, pihaknya malah kerajaan menolak fahaman ekstremisme dan tidak menyokong perjuangan anak muda, khususnya dari Malaysia untuk pergi ke Syria, yang kononnya atas nama jihad.
"Kita melihat apa yang dilakukan anak muda (yang ke Syria) itu sebagai melampau dan kita secara keras menolak orang Islam yang mempunyai pemikiran sebegitu.
"Malah, lebih teruk, perbuatan ganas atau ekstrem mereka itulah yang memberi dan memalitkan gambaran buruk kepada masyarakat barat bahawa Islam adalah satu agama berbahaya," katanya.
Muzakarah anjuran Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara (GAMIN) itu dirasmikan Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri.
Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin berkata aktivis Islam yang mahu mempertahankan sebarang isu yang dikemukakan oleh kumpulan liberal terbabit perlu menguasai ilmu perundangan dan perlembagaan.
Sebagai aktivis, amat perlu untuk fahami apa yang mereka sampaikan dan untuk berdepan kumpulan itu, kita perlu menguasai bidang tersebut yang boleh menjadi strategi dalam setiap perancangan dan pertarungan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2017

Kumpulan mendukung konsep kesederhanaan perlu mempunyai kesedaran tinggi dan usaha jitu bagi membanteras usaha kumpulan yang sengaja mewujudkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam. - Gambar hiasan

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Jangan terpengaruh agenda kumpulan liberal terhadap konsep wasatiyyah
Kumpulan liberal di negara ini dikesan mempunyai perancangan rapi dan tidak semberono dalam menentang konsep wasatiyyah yang diperkenal kerajaan.