KOTA KINABALU: Masyarakat di Sabah diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan ketika berada di tempat awam seperti bazar ramadan dan pusat beli-belah.
Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hal ini kerana peratusan jangkitan sporadik kembali meningkat hari ini iaitu 55 peratus berbanding 43 peratus semalam.
"Peratusan jangkitan sporadik yang tinggi bermakna risiko jangkita juga akan bertambah khusus di tempat-tempat sesak.
"Tempat-tempat awam yang perlu kita beri perhatian dan berhati-hati ialah bazar ramadan dan pusat beli-belah. Sehubungan itu, patuhi SOP kesihatan yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Selain itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, kes positif COVID-19 di negeri itu menunjukkan penurunan.
Katanya, 140 kes direkodkan pada Isnin dengan hanya empat daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 37 kes; Tuaran (21 kes); Tenom (13 kes) dan Penampang 12 kes.
"Sebanyak 135 atau 96.43 peratus daripada 140 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan dua. Manakala lima kes lagi dalam Kategori 4 dan 5," katanya.
Eleanor Michelle Patrick
Mon Apr 04 2022

Masidi (gambar) berkata, hal ini kerana peratusan jangkitan sporadik kembali meningkat hari ini iaitu 55 peratus berbanding 43 peratus semalam.

Bursa, anak syarikat ditutup Isnin sempena Aidiladha
Operasi akan disambung semula pada 12 Julai 2022.

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

AWANI Ringkas: Peguam Diraja dibenar atau tidak wakili najib?

Isu Bekalan Air | Perigi kotor, penduduk beli air bersih di kampung lain
Bukan mahu merungut namun sampai bila mahu bergantung kepada air perigi, luah penduduk kampung di kepulauan Batu Sapi, Sandakan. Haparan mereka kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih kerana perigi yang digunakan selama ini sudah tidak sebersih dulu.

Cacar monyet: Singapura sahkan kes tempatan pertama babitkan warga Malaysia
Pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 45 tahun yang menetap di Singapura.

Ibadah Haji 2022 | Kiswah Kaabah sedia ditukar
Penutup kain Kaabah sedia untuk ditukar, menjelang permulaan ibadah ziarah tahunan. Lebih dikenali sebagai Kiswah, ia diperbuat daripada sutera tulen, benang emas dan perak serta disulam dengan kaligrafi Islam.

Kos Sara Hidup | Perlu ada usaha kolektif semua pihak
Isu kos sara hidup tidak boleh diletakkan di atas bahu satu pihak semata-mata. Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ia memerlukan usaha secara kolektif kerana semua pihak mempunyai peranan ketika situasi ekonomi yang tidak menentu ini.

AWANI Ringkas: Mahkamah Singapura tolak rayuan

Tambang feri Pulau Pangkor: Kerajaan negeri bincang kenaikan harga tiket - Exco
Beliau sedar kegusaran dihadapi ramai pihak termasuk pemain industri pelancongan ketika ini.

COVID-19: 176 kes positif harian di Sabah, hanya lapan kategori 3 hingga 5
Bilangan kes harian di Sabah sejak kebelakangan ini berada pada tahap stabil dan hanya 176 kes positif dilaporkan pada Jumaat.

COVID-19: Sabah terus catat trend penurunan 176 kes harian
Sabah terus menunjukkan trend penurunan kes positif COVID-19 apabila hari ini merekodkan 176 kes berbanding 188 kes semalam.

Jangkitan sporadik di Sabah masih tinggi, patuh SOP kesihatan di bazar ramadan - Masidi
Hal ini kerana peratusan jangkitan sporadik kembali meningkat hari ini iaitu 55 peratus berbanding 43 peratus semalam.

Kes positif menurun di Sabah, Masidi ingatkan rakyat jangan lalai terus patuh SOP
Sabah terus menunjukkan trend penurunan kes positif harian apabila hari ini merekodkan 1,515 kes, kata Datuk Seri Masidi Manjun.

COVID-19: 517 daripada 4,256 kes di Sabah hari ini adalah kanak-kanak 5 hingga 11 tahun
Sebanyak 754 daripada 4,256 kes yang direkodkan di Sabah hari ini melibatkan kanak-kanak bawah 11 tahun, dedah Datuk Seri Masidi Manjun.

COVID-19: 3,964 daripada 4,892 kes di Sabah pada Khamis adalah kes daftar lewat
Sebanyak 3,964 kes atau 81.03 peratus daripada 4,892 kes positif yang direkodkan di Sabah hari ini merupakan kes daftar lewat.

COVID-19: 714 kes positif baharu di Sabah libatkan kanak-kanak bawah 11 tahun
Sebanyak 714 daripada 3,971 kes positif yang direkodkan di Sabah hari ini terdiri daripada kanak-kanak bawah 11 tahun.

COVID-19: Lebih 4,000 kes direkodkan di Sabah hari ini
Sabah terus merekodkan peningkatan kes positif apabila jangkitan terbaharu direkodkan sebanyak 4,107 kes.

COVID-19: Sabah catat 3,361 kes, angka tertinggi sejak pandemik
Sabah hari ini mencatatkan angka kes positif COVID-19 tertinggi sepanjang penularan wabak itu di negara ini iaitu 3,361 kes.

COVID-19: Sabah catat 3,333 kes baharu, 3,318 adalah Kategori 1 dan 2
Sabah terus merekodkan pertambahan kes positif COVID-19 kepada 3,333 kes pada Rabu.