MELAKA: Terpedaya dengan janji untuk diberikan bantuan keperluan asas, seorang suri rumah kerugian kira-kira RM7,000 selepas barang kemas miliknya dicuri kenalan yang baharu dikenali dua minggu lepas di aplikasi TikTok.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Sukri Kaman berkata dalam kejadian pada 11 pagi Sabtu lepas, suspek seorang lelaki datang ke rumah mangsa di Taman Desa Air Merbau, Jasin, kononnya untuk membawa wanita berusia 54 tahun itu membeli barang keperluan di pasar raya berhampiran.
"Suspek membuat helah dengan masuk ke rumah mangsa lalu mencuri barang kemas sebelum melarikan diri. Mangsa kemudian membuat laporan polis pada pukul 10.20 malam hari yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Sukri berkata sejak 1 Jan lepas hingga hari ini, pihaknya menerima dua laporan melibatkan mangsa diperdaya untuk diberi bantuan sebelum menjadi mangsa curi.
Beliau sehubungan itu meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Sjn Muhamad Fadzlan di talian 018-3511594.
Mohd Sukri berkata orang ramai turut dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan disaran mendapatkan bantuan daripada saluran yang betul seperti jabatan kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan, serta jangan sesekali memberikan butiran peribadi seperti nama dan alamat melalui media sosial kepada individu yang diragui atau baharu dikenali.
Katanya, ia kerana terdapat kumpulan individu yang mengambil kesempatan dalam situasi COVID-19 ketika ini dengan menggunakan modus operandi menghubungi atau datang ke rumah mangsa dan berpura-pura ingin memberikan bantuan, sebaliknya mengambil kesempatan melakukan jenayah curi atau samun.
"Polis Melaka memandang serius terhadap kes penyamaran dan jenayah seperti ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata pihaknya sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat menggantung satu patung tertera tulisan mengecam kerajaan di jejambat Persimpangan Pusat Dagangan Ayer Keroh Melaka (MITC), di sini.
Beliau berkata patung yang dipakaikan baju berwarna putih, seluar biru serta topi jerami itu diturunkan pihak polis yang menyedari perbuatan tersebut kira-kira pukul 7.40 pagi tadi.
"Polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 7.30 pagi dan laporan polis dibuat seorang anggota Balai Ayer Keroh yang menerima panggilan itu," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 12 2021
Polis mengesan taktik kumpulan tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain dalam situasi COVID-19 ketika ini. - Gambar fail
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Janji beri bantuan jadi taktik pencuri masuk rumah
Sejak 1 Jan lepas hingga hari ini, polis menerima dua laporan melibatkan mangsa diperdaya untuk diberi bantuan sebelum menjadi mangsa curi.