PUTRAJAYA: Janji temu bagi penerimaan suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lembah Klang yang dijadualkan pada 8 Jun ini diawalkan ke 7 Jun di dua PPV baharu, demikian menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).
CITF dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua mereka yang akan menerima dos kedua tersebut telah menerima dos pertama pada 17 Mei lepas di empat PPV iaitu Kompleks Sukan Desa Tasik, Kompleks Komuniti Muhibbah, Dewan Komuniti Manjalara dan Stadium Titiwangsa, dan dijadualkan menerima dos kedua pada 8 Jun.
Menurut CITF, empat PPV tersebut akan ditukarkan ke dua PPV baharu iaitu Kompleks Sukan Desa Tasik dan Kompleks Komuniti Muhibbah bertukar lokasi ke PPV Axiata Arena Bukit Jalil manakala Dewan Komuniti Manjalara dan Stadium Titiwangsa ke PPV Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Bagaimanapun, bagi tarikh janji temu untuk suntikan dos pertama mulai 7 hingga 24 Jun di empat PPV yang ditukarkan ke dua PPV berkenaan tidak berubah dan hanya melibatkan perubahan waktu.
CITF menjelaskan perubahan tarikh janji temu bagi dos kedua dan pertukaran lokasi PPV itu bertujuan mengelak kesesakan di PPV Mega yang akan dibuka Isnin ini sekali gus memastikan amalan penjarakan fizikal dipatuhi.
"Ia juga untuk memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung terutamanya warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang divaksinasi di bawah Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan," jelas CITF.
Empat PPV Mega yang akan dibuka 7 Jun ini ialah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Axiata Arena Bukit Jalil, Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam yang mampu memuatkan kapasiti sebanyak 23,000 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 05 2021
Janji temu bagi penerimaan suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lembah Klang yang dijadualkan pada 8 Jun ini diawalkan ke 7 Jun di dua PPV baharu. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tumpuan Jumaat - 29 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (28 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hampir 10,000 sertai Majlis Iftar MADANI bersama PM sempena Nuzul al-Quran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang bersempena cuti Nuzul al-Quran di Dataran Putra di sini.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
Dua mayat ditemukan selepas jambatan di Baltimore runtuh
Jasad dua daripada enam pekerja pembinaan yang hilang daripada jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat ditemukan, kata pihak berkuasa pada Rabu.
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
Semua kes gigitan anjing di Sarawak stabil, disuntik vaksin dan dirawat
Semua kes gigitan anjing di Sarawak dilaporkan stabil dan telah diberikan suntikan vaksin rabies serta rawatan Immunoglobulin Rabies (RIG), demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
KKM perluas sistem janji temu di fasiliti kesihatan primer melalui MySejahtera
Sistem janji temu itu bertujuan membantu fasiliti kesihatan primer mengatur jadual perkhidmatan berdasarkan kapasiti masing-masing.
Janji temu dos penggalak melalui SMS, MySejahtera - KP Kesihatan
Janji temu bagi penerima dos penggalak akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon pintar ataupun melalui aplikasi MySejahtera bagi mempercepatkan lagi pemberian dos itu.
Dos penggalak COVID-19: Daftar nama di satu PPV swasta sahaja
Individu yang layak menerima suntikan dos penggalak COVID-19 disaran untuk mendaftar nama dalam senarai menunggu di satu pusat pemberian vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta sahaja.
55,017 rakyat Sarawak sudah terima dos penggalak, periksa MySejahtera untuk janji temu anda
Berdasarkan data JKNS, setakat 28 Oktober 2021, seramai 55,017 penduduk di Sarawak telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19.
Selepas Moderna, Singapura benar 'walk-in' di 26 pusat vaksinasi COVID-19 Pfizer-BioNTech
Ia bagi mempermudah rakyat Singapura, Penduduk Tetap dan pemegang Pas Jangka Panjang berusia 12 tahun ke atas untuk mendapatkan vaksin.
Pembaharuan cukai jalan, lesen memandu boleh dilaksana di pejabat pos mulai Isnin
Janji temu boleh dibuat secara dalam talian atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia mulai Ahad dengan membuat pilihan negeri dan cawangan pejabat pos.
3,600 penerima vaksin 'walk-in' hadir di PPV KLCC pada hari pertama
Hari pertama pemberian vaksin secara jumpa terus atau 'walk-in' berjalan lancar di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang, pada Isnin.
CITF umum 9 PPV 'walk-in' di Lembah Klang
Sembilan pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih akan menjalankan operasi vaksinasi jumpa terus atau "walk-in" tanpa janji temu bagi penduduk di Lembah Klang bermula 2 Ogos ini.
Janji temu dos kedua vaksin COVID-19 di empat PPV Lembah Klang diawalkan - CITF
Janji temu bagi penerimaan suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lembah Klang yang dijadualkan pada 8 Jun ini diawalkan ke 7 Jun di dua PPV baharu.