KUALA LUMPUR: Sembilan pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih akan menjalankan operasi vaksinasi jumpa terus atau "walk-in" tanpa janji temu bagi penduduk di Lembah Klang bermula 2 Ogos ini.
Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam kenyataan hari ini berkata PPV yang dibenarkan operasi jumpa terus ialah KL Convention Centre (HCO F, HCO G dan HCO H); Bangi Avenue Convention Centre; Hotel Wyndham, Klang; Dewan Tun Razak, Sabak Bernam; Dewan Komuniti Serendah; Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA dan Ideal Convention Centre, Shah Alam.
Menurutnya khusus untuk umur 40 tahun ke atas atau golongan 'komorbid' (kumpulan berisiko tinggi untuk mengalami kesan yang teruk daripada COVID-19 sekiranya dijangkiti) di Lembah Klang, vaksinasi jumpa terus akan bermula pada 2 Ogos hingga 4 Ogos depan, manakala semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas di Lembah Klang bermula 5 Ogos hingga 22 Ogos.
"Masa jumpa terus bermula pukul 2 petang setiap hari tertakluk kepada hari operasi PPV masing-masing," katanya.
Dalam kenyataan sama CITF memaklumkan untuk bukan warganegara Malaysia di Lembah Klang pula, tarikh dibenarkan jumpa terus bermula 9 Ogos dan hanya akan dijalankan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil bermula pukul 2 petang setiap hari tertakluk kepada hari operasi PPV masing-masing.
"Khusus untuk umur 40 tahun ke atas atau golongan komorbid di Lembah Klang bermula 9 Ogos hingga 11 Ogos, manakala 12 Ogos hingga 22 Ogos bagi semua bukan warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas di Lembah Klang," katanya.
CITF berkata antara dokumen yang diperlukan iaitu bukti menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang seperti alamat di kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain lagi.
"Golongan komorbid diminta membawa sebarang bukti yang menunjukkan mereka komorbid seperti kad rawatan atau kad janji temu.
"Tambahan bagi bukan warganegara, mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan yang sah, mereka akan melalui proses yang telah ditetapkan dalam satu Garis Panduan Pengurusan Pemberian Vaksin Kepada Individu Bukan Warganegara yang telah dikeluarkan oleh CITF," katanya.
"Pelaksanaan vaksinasi jumpa terus ini adalah berdasarkan "siapa dahulu, dia dapat" bergantung kepada kapasiti bekalan di PPV, dengan individu jumpa terus akan diletakkan di bawah 'senarai menunggu' untuk hadir semula pada keesokan harinya sekiranya bekalan vaksin pada hari berkenaan sudah habis digunakan," tambahnya.
"Adalah dimaklumkan bahawa golongan ibu hamil tidak perlu untuk jumpa terus bagi mendapatkan vaksinasi sebaliknya janji temu mereka akan diberikan melalui MySejahtera.
"CITF juga ingin mengingatkan bahawa jumpa terus hanyalah untuk penduduk di Lembah Klang. Individu yang telah mendapat janji temu adalah tidak dibenarkan untuk jumpa terus dan mereka juga tidak dibenarkan untuk membatalkan janji temu yang diberikan bagi tujuan jumpa terus sekiranya janji temu sedia ada adalah pada tarikh yang akan datang," katanya.
Katanya operasi vaksinasi tanpa janji temu (jumpa terus) ini adalah berlandaskan kepada keperluan untuk melindungi penduduk di Lembah Klang dalam zon merah memandangkan kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat.
Sementara itu, CITF memaklumkan bagi vaksinasi secara jumpa terus melalui program jangkauan di kawasan pinggiran Lembah Klang pula, ia akan bermula secara berperingkat pada 9 Ogos ini.
"Jadual pergerakan iaitu tarikh dan lokasi bergantung kepada perancangan pihak terlibat seperti badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan yang menganjurkan Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) serta lain-lain agensi seperti Pejabat Daerah dan Pejabat Kesihatan di kawasan sasaran.
"Hebahan tarikh, masa dan lokasi akan dilakukan melalui media sosial, media tradisional dan melalui kerjasama dengan Pejabat Daerah yang berkenaan serta Jabatan Penerangan Negeri Selangor," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 31 2021
CITF memaklumkan bagi vaksinasi secara jumpa terus melalui program jangkauan di kawasan pinggiran Lembah Klang pula, ia akan bermula secara berperingkat pada 9 Ogos ini. - Gambar fail/ Bernama
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Kerajaan peruntuk RM150 juta biaya pemodenan vesel, mekanisasi tangkapan
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi membiayai Program Pemodenan Vesel (PPV) dan Program Mekanisasi Tangkapan (PMT) untuk meningkatkan jumlah pendaratan ikan bagi bekalan makanan.
PPV WTCKL menutup tirai dengan lebih 180,000 individu divaksin
Secara rasminya Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menutup tirainya setelah hampir dua bulan beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi sejak 15 Januari lepas.
Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah
Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu.
412 PPV ditambah di bawah PICKids - Dr Noor Azmi
Kesemua PPV tambahan itu diwujudkan dengan mengambil peluang sempena cuti sekolah yang bermula sejak 26 Feb lepas.
Adu di MySejahtera, rujuk PPV jika ada masalah teknikal dos penggalak
Individu yang mempunyai masalah teknikal berkaitan rekod vaksinasi dos penggalak COVID-19 di aplikasi MySejahtera perlu membuat aduan melalui aplikasi itu atau mengunjungi semula lokasi PPV mereka.
Langkah jadikan sekolah sebagai PPV bantu percepat vaksinasi kanak-kanak - Exco
Langkah kerajaan menjadikan sekolah sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) mampu mempercepat proses vaksinasi murid.
Taiping Mall antara empat PPV dibuka untuk dos penggalak
PPV yang terletak di Tingkat 3 Taiping Mall itu mampu memberi minimum 1,000 dos sehari.
PICKids: KKM akan buka PPV di sekolah, mudahkan murid-murid dapatkan vaksin - Dr Noor Azmi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekolah bagi golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dalam Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).
PICKids: Sasar 70 peratus kanak-kanak divaksin pada Februari
Sasaran itu dibuat berlandaskan keyakinan disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
PICKids: KJ sahkan sudah daftar anak terima vaksin
Ia sebagai menjawab dakwaan segelintir pihak yang mendakwa beliau dan anaknya tidak menerima suntikan vaksin COVID-19.