awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JaPen jalin kerjasama strategik dengan MCMC, perkasa Komuniti MADANI

Bernama
Bernama
08/06/2024
13:15 MYT
JaPen jalin kerjasama strategik dengan MCMC, perkasa Komuniti MADANI
Ketua Pengarah JaPen Julina Johan berkata sehingga kini terdapat sebanyak 1,878 Komuniti MADANI di seluruh negara termasuk 135 di Kelantan.
BACHOK: Jabatan Penerangan (JaPen) akan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam memperkasakan Komuniti MADANI sejajar dengan perencanaan semula Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Ringkasan AI
  • JaPen akan bekerjasama rapat dengan MCMC untuk memperkasakan Komuniti MADANI melalui perencanaan semula Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
  • Terdapat 1,878 Komuniti MADANI di seluruh negara, termasuk 135 di Kelantan, dengan 79 pusat NADI di negeri itu.
  • Kerjasama antara JaPen dan MCMC diharapkan dapat memperkasa komuniti dengan menyediakan platform untuk mempelajari dan memperoleh maklumat yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Ketua Pengarah JaPen Julina Johan berkata sehingga kini terdapat sebanyak 1,878 Komuniti MADANI di seluruh negara termasuk 135 di Kelantan.
Beliau berkata pihak Komuniti MADANI akan terus menjalinkan kerjasama strategik dengan MCMC melalui kewujudan NADI, malah diharapkan menjadi platform kepada semua pihak untuk memperkasakan komuniti.
"Sebenarnya idea (kerjasama) ini dizahirkan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil apabila dia nampak ada keperluan kerjasama strategik dengan adanya NADI iaitu satu produk MCMC kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jiwa Komuniti MADANI di Kampung Wakaf Aik, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Julina berkata kesemua JaPen di negeri-negeri lain juga disarankan agar turut menjalinkan kerjasama dengan MCMC khususnya NADI dan tidak hanya di Kelantan sahaja.
"Alhamdulillah, apa yang saya lihat setakat ini kerjasama antara Komuniti MADANI dan NADI di semua kawasan begitu baik terutamanya dalam membantu masyarakat setempat mempelajari dan memperolehi maklumat yang dikeluarkan oleh kerajaan.
"JaPen dalam keadaan apapun sentiasa bersedia menerima idea-idea baru untuk kebaikan semua komuniti dan berharap kerjasama antara JaPen dan MCMC ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna kepada komuniti," katanya.
Sementara itu, wakil MCMC Fazli Yusof berkata setakat ini ada 79 buah NADI di Kelantan berbanding 1,878 di seluruh negara.
Menurutnya, jumlah itu dijangka bertambah dengan perancangan daripada kerajaan agar dibina satu NADI di setiap Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Japen
#kerjasama strategik
#MCMC
#Komuniti Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan