awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JaPen Kelantan laksana 200 program semarak Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Bernama
Bernama
24/07/2023
00:45 MYT
JaPen Kelantan laksana 200 program semarak Hari Kebangsaan, Hari Malaysia
Zaid Ahmad berkata program terbabit dilaksanakan bermula 16 Julai hingga 16 Sept depan. - Gambar fail/Bernama
JELI: Jabatan Penerangan (JaPen) Kelantan melaksanakan 200 program di seluruh negeri bagi menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023.
Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JaPen Kelantan Zaid Ahmad berkata program terbabit dilaksanakan bermula 16 Julai hingga 16 Sept depan.
"Program ini akan diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kawasan komuniti terpilih selain turut melibatkan Kelab Malaysiaku yang ditubuhkan di sekolah menengah di Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas Program Merdeka Jalur Gemilang Negeri Kelantan 2023 dan Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Kelantan oleh Konvoi Negeri Perak di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, di sini, pada Ahad.
Majlis pelepasan konvoi 66 motosikal berkuasa tinggi dan kenderaan dilakukan oleh Pengarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli Prof Dr Aweng Eh Rak.
Zaid berkata pihaknya menyasarkan kesemua 200 program itu dapat dilaksanakan sebelum 16 Sept bagi menyemai jati diri dan semangat cinta negara kepada masyarakat.
"Program konvoi 66 kenderaan ini merupakan sebahagian program di negeri Kelantan yang dilakukan selama dua hari bermula hari ini dan esok," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Jalur Gemilang
#Japen
#cinta negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan