SEREMBAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengesan pencemaran berkaitan pelupusan haram disyaki bahan berbahaya di sebuah ladang kelapa sawit di Tanah Merah, Port Dickson hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S.Veerapan berkata hasil siasatan pegawai jabatan itu pada 3.15 petang tadi mendapati buangan terbabit berwarna kehijauan dan berbau seperti pelarut.
"JAS Negeri Sembilan menerima aduan pada 11.15 pagi tadi, dua sampel dalam bentuk cecair diambil untuk dianalisis. Susulan itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Tanah Merah bagi memaklumkan penemuan buangan itu dan mendapatkan bantuan untuk pemantauan kawasan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kawasan kejadian terletak di dalam ladang kelapa sawit dengan permukaan cerun yang berbeza menyebabkan buangan mengalir seterusnya bertakung di kawasan rendah, namun tiada aliran air di kawasan buangan itu.
Veerapan berkata pita penghadang turut dipasang bagi mengelak orang awam memasuki kawasan pelupusan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengesan pencemaran berkaitan pelupusan haram disyaki bahan berbahaya di sebuah ladang kelapa sawit di Tanah Merah, Port Dickson hari ini. - Foto JAS Negeri Sembilan (via Sinar Harian)
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
JAS Negeri Sembilan kesan pencemaran pelupusan haram di Port Dickson
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengesan pencemaran berkaitan pelupusan haram disyaki bahan berbahaya di sebuah ladang kelapa sawit di Tanah Merah, Port Dickson hari ini.