NATIONAL
JAS Pulau Pinang arah 38 kontena plastik tercemar dihantar pulang ke negara asal

JAS Pulau Pinang bersama beberapa agensi menjalankan pemeriksaan bersepadu ke atas 39 kontena, mendapati 38 daripadanya membawa sisa plastik tercemar.
BUTTERWORTH: Sebanyak 38 kontena yang membawa campuran sisa plastik tercemar seumpama sampah dibawa masuk melalui Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), diarah dihantar pulang ke negara asal.
Ringkasan AI
- Sebanyak 38 kontena yang membawa sisa plastik tercemar diarahkan dihantar pulang ke negara asal melalui Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT).
- JAS Pulau Pinang bersama beberapa agensi menjalankan pemeriksaan bersepadu ke atas 39 kontena, mendapati 38 daripadanya membawa sisa plastik tercemar.
- Tindakan diambil di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, menjadikan penahanan 38 kontena tersebut sebagai rampasan terbesar tahun ini oleh JAS Pulau Pinang.
"Pemeriksaan mendapati 38 daripadanya membawa campuran sisa plastik tercemar, manakala satu kontena mengandungi 'plastic flake' dalam keadaan baik dan diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan susulan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan bersepadu itu dijalankan bagi memastikan kontena yang dibawa masuk ke negara ini mematuhi peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta obligasi undang-undang antarabangsa.
Menurut Norazizi, penahanan 38 kontena tersebut merupakan rampasan terbesar bagi tahun ini oleh JAS Pulau Pinang, menjadikan keseluruhan 65 daripada 70 kontena yang diperiksa pada tahun ini telah diarah dihantar pulang ke negara asal.
"Berdasarkan rekod, sebanyak tiga kontena telah diperiksa sepanjang 2023 dan 2024, dan kesemuanya turut diarahkan dihantar pulang atas pelbagai kesalahan termasuk membawa masuk sisa elektrik dan elektronik (e-waste) serta plastik tercemar," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami