awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasad anggota komando diterbangkan pulang ke Tongod, Sabah

Bernama
Bernama
20/02/2023
10:32 MYT
Jasad anggota komando diterbangkan pulang ke Tongod, Sabah
Proses bedah siasat mayat anggota komando itu di Hospital Banting selesai 2 petang tadi. - Foto Facebook/Andy Loys
SHAH ALAM: Jasad Lans Koperal Edrin Baintim, 25, yang ditemukan terdampar semalam di paya bakau di Batu 8, Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat, Banting, diterbangkan pulang ke Tongod, Sabah petang ini.
Abangnya, Muhammad Fikri Abdullah, 41, berkata mayat adiknya diterbangkan dari Pangkalan Tentera Udara Subang 5.30 petang tadi ke Lapangan Terbang Sandakan dan dijangka penerbangan tersebut mengambil masa kira-kira dua jam 45 minit.
"Tiba di Sandakan, mendiang akan dibawa ke kediaman keluarga kami di Kampung Maliau, Tongod.
"Seramai 16 orang termasuk adik-beradik dan keluarga terdekat akan mengiringi mendiang pulang ke Sabah menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Proses bedah siasat mayat anggota komando itu di Hospital Banting selesai 2 petang tadi.
Pada 7 Feb lepas, Edrin yang juga anggota tentera darat daripada Grup Gerak Khas (GGK) atau lebih dikenali sebagai komando dilaporkan hilang ketika menjalani latihan menyelam di 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan.
Mangsa hilang ketika eksesais 'Pari Harimau' iaitu kursus juruselam bersama enam pegawai dan 37 peserta dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak) Sungai Udang, Melaka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#komando lemas
#Edrin Baintim
#TUDM
#Tongod
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan