KUALA LUMPUR: Jasad mendiang Ahli Dewan Negara Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi yang meninggal dunia petang Selasa akan disempurnakan di Krematorium Cheras, dekat sini pada Sabtu ini.
Perkara tersebut disahkan anak keduanya, Melissa Emelda, 38, ketika dihubungi Bernama Selasa malam.
"Kami memahami prosedur operasi standard ditetapkan bagi pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19, tidak membenarkan jasad mereka dibawa balik, disebabkan itu kami merancang untuk membawa pulang abu mendiang ke Sabah.
"Pengecaman mayat dibuat di Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu (30 Okt) sebelum proses pengurusan jasad mendiang dilakukan," katanya.
Melissa berkongsi sifat bapanya yang rajin dan kuat bekerja walaupun menghidap penyakit kanser sejak 2018.
Katanya, mereka sekeluarga sempat meraikan sambutan hari lahir mendiang yang ke-67 pada awal bulan ini.
Guan Dee meninggal dunia pada 4.50 petang di Hospital Kuala Lumpur selepas mengadu sakit dada.
Presiden STAR Sabah Datuk Jeffrey Kitingan dilaporkan berkata Guan Dee berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat Perikatan Nasional (PN) pada petang Ahad (24 Okt) namun tidak menghadiri mesyuarat itu selepas disahkan positif COVID-19.
Guan Dee dilantik sebagai Ahli Dewan Negara untuk tempoh bermula 16 Dis 2020 hingga 15 Dis 2023 dan pernah menjadi Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada 16 April lepas sebelum kabinet terbubar setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 26 2021
Guan Dee meninggal dunia pada 4.50 petang Selasa di Hospital Kuala Lumpur selepas mengadu sakit dada. - Foto BERNAMA
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Agong zahir takziah kepada keluarga mendiang Guan Dee
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Negara Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi yang meninggal dunia semalam.
Jasad mendiang Guan Dee disempurnakan Sabtu ini
Jasad mendiang Ahli Dewan Negara Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi yang meninggal dunia petang Selasa akan disempurnakan di Krematorium Cheras, dekat sini pada Sabtu ini.