awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasad mendiang Liew Vui Keong akan dikebumi Isnin ini

Bernama
Bernama
02/10/2020
10:46 MYT
Jasad mendiang Liew Vui Keong akan dikebumi Isnin ini
Jasad mendiang Liew Vui Keong akan disemadikan di Nirvana Memorial Park, Telipok pada Isnin ini.
KOTA KINABALU:Jasad mendiang Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong akan disemadikan di Nirvana Memorial Park, Telipok Isnin ini.
Menurut adik mendiang, Peter Liew, jasad abangnya akan dibawa ke sebuah gereja sebelum disemadikan di tanah perkuburan itu.
"Semua (perkara pengebumian) kami sedang uruskan supaya dipercepatkan," katanya kepada pemberita di kediaman mendiang di sini hari ini.
Peter berkata, beliau menerima berita pemergian Liew pada 11.50 pagi tadi daripada doktor yang merawatnya selepas mendiang dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 9 September lepas.
Katanya, sebelum ini Liew ada memaklumkan bahawa beliau terpaksa memandu dalam tempoh ima hari untuk ke beberapa tempat menyebabkan paha kiri mendiang kejang dan mengalami masalah.
Dalam pada itu, Peter berkata, mendiang merupakan seorang abang yang sentiasa ceria dan sering membantu keluarga mahupun rakan.
Beliau berkata, pemergian Liew pastinya satu kehilangan buat keluarga mereka. - BERNAMA
BACA: Ahli Parlimen Batu Sapi, V K Liew meninggal dunia
Topic Berkaitan
#Liew Vui Keong
#VK Liew
#meninggal dunia
#Jasad
#Ahli Parlimen Batu Sapi
#mendiang
#dikebumi
#Nirvana Memorial Park
#Telipok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan