awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat mampu jalankan tanggungjawab secara bebas, adil - Irmohizam

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
11/02/2021
08:33 MYT
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat mampu jalankan tanggungjawab secara bebas, adil - Irmohizam
Irmohizan berkata, ahli jawatankuasa diwakili pelbagai lapisan masyarakat diyakini mampu jalankan tanggungjawab secara bebas dan berkecuali. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pelantikan keanggotaan Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang diwakili pelbagai lapisan masyarakat diyakini mampu menjalankan tanggungjawab secara bebas dan berkecuali.
Peguambela peguamcara Tetuan Ganesan dan Irmohizam, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, pelantikan itu turut membantu mengembalikan keyakinan rakyat ke atas prinsip amalan demokrasi yang telah dipraktikkan Malaysia selama ini.
"Mana-mana pihak tidak harus sangsi dengan kewibawaan barisan ahli jawatankuasa ini.
"Kita harus memberi ruang yang secukupnya kepada jawatankuasa ini dalam menjalankan amanah yang diletakkan iaitu akan memberi pandangan dan cadangan yang kukuh dalam mengakhiri darurat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, tanpa terus menjadikan darurat sebagai bahan politik dan kepentingan diri masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Pejabat Perdana Menteri pada Selasa mengumumkan pelantikan ahli Jawatankuasa khas itu selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, jawatankuasa itu ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan keyakinan barisan kepimpinan jawatankuasa itu mampu membantu negara dalam mencapai matlamat yang telah disasarkan semasa proklamasi darurat diumumkan awal bulan lalu.
Topic Berkaitan
#Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
#Irmohizam Ibrahim
#Bebas
#darurat
#PP
#COVID-19
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan