awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendengaran rayuan Tun M ditangguh, pengurusan kes 6 Feb ini
JKDM lepasi sasaran kutipan, rekod RM76.18 bilion pada 2025
Juruaudit luar syarat baharu konsesi penyelenggaraan jalan - Nanta Linggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa khas kaji cadangan caruman 20 peratus Perkeso terhadap pekerja asing

Fareez Azman
Fareez Azman
16/12/2018
10:39 MYT
Jawatankuasa khas kaji cadangan caruman 20 peratus Perkeso terhadap pekerja asing
"Kita akan melihat isu ini dan pihak Jawatankuasa Teknikal akan mengkaji berkenaan cadangan ini." - Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran
Satu Jawatankuasa Khas Teknikal ditubuhkan Kementerian Sumber Manusia bagi mengkaji cadangan caruman 20 peratus dikenakan ke atas pekerja asing dibawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) seperti yang diputuskan Kabinet sebelum ini.
Perkara itu dimaklumkan Menterinya M. Kulasegaran dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) pada petang ahad.
Jelasnya kajian secara terperinci semua sudut akan dibuat oleh jawatankuasa berkenaan dalam mengenal pasti mekanisme terbaik sehingga 29 Januari tahun hadapan.
"Kita akan melihat isu ini dan pihak Jawatankuasa Teknikal akan mengkaji berkenaan cadangan ini, mereka akan beri maklum balas kepada kami (kementerian) beserta cadangan pada 29 Januari 2019. Kita tubuhkan jawatankuasa ini hari ini dengan 10 pakar teknikal."
Ujarnya,menerusi caruman itu pekerja asing akan mendapat manfaat sama seperti pekerja tempatan.
Sebelum ini, caruman 20 peratus telah diluluskan Kabinet dan bakal dikuatkuasa 1 Januari tahun hadapan.
Ia selaras dengan Konvensyen Kesamaan Rawatan (Pampasan Kemalangan) 1925 (no 19) dan Jawatankuasa Persidangan Penggunaan Piawaian dibawah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Topic Berkaitan
#20 peratus
#caruman
#Januari
#jawatankuasa teknikal
#kabinet
#kaji
#M Kulasegaran
#Menteri Sumber Manusia
#pekerja asing
#pekerja tempatan
#perkeso
#Tubuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan