awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasil imej lucah akan dijadikan kesalahan jenayah di UK
FLYSiswa 2026 diperluas, empat kategori baharu manfaatkan lebih 60,000 pelajar
Tiga lelaki lepas, bebas tuduhan edar 96kg dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana seluruh negara diaktifkan serta-merta

Bernama
Bernama
17/10/2022
13:14 MYT
Jawatankuasa Pengurusan Bencana seluruh negara diaktifkan serta-merta
Arahan itu dikeluarkan Tan Sri Mohd Zuki Ali, dengan mengambil kira ramalan hujan, taburan hujan, ribut petir, tanah runtuh serta banjir di beberapa negeri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengurusan Bencana di semua peringkat merangkumi negeri dan daerah, telah diarah untuk diaktifkan serta merta bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan dalam mendepani sebarang bencana dan musibah.
Arahan itu dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Persediaan Menghadapi Banjir 2022/2023 Bilangan 2 hari ini, dengan mengambil kira ramalan hujan, taburan hujan, ribut petir, tanah runtuh serta musibah banjir di beberapa negeri.
"Saya juga ingin menegaskan agar semua agensi kerajaan, perlu bekerjasama untuk sentiasa bersedia dan proaktif mengendalikan pengurusan bencana dengan cepat, khususnya dalam penyaluran maklumat serta hebahan kepada rakyat semasa banjir," katanya dalam catatan di laman Facebook hari ini.
Mohd Zuki berkata dari segi mobilisasi sumber manusia, lebih 55,000 pasukan penyelamat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), serta aset-aset strategik termasuk bot bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa.
"Lebih 11,000 premis awam di seluruh negara, termasuk sekolah, balai raya dan masjid telah didaftarkan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa bencana dan juga depoh penyimpanan barang-barang bantuan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana
#seluruh negara
#persediaan bencana
#Mohd Zuki Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan