Lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Khas akan ditambah di Dewan Rakyat untuk memastikan semua kementerian tertakluk kepada sistem kawal sedia berkenaan.
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata imbangan yang akan ditubuhkan melalui jawatankuasa itu akan merangkumi tiap-tiap kementerian yang bakal termasuk di dalam sistem berkenaan.
Jelasnya, enam jawatankuasa yang diumum sebelum ini juga sudah membuat mesyuarat untuk penambahbaikan sistem itu sendiri.
"Mereka sudah bermesyuarat, hampir tiap-tiap minggu mereka bermesyuarat.
"Kita tidak boleh mengharapkan sistem jawatankuasa ini bila sudah ditubuhkan, bila sudah ada ahlinya kita dapat melihat dengan mendadak sistem ini berjalan dengan laju.
"Ia akan mengambil masa sedikit, tetapi sudahpun bergerak, mungkin orang lupa, bahawa ini hanyalah bulan keenam, tak sampai setahun lagi tapi kita sudah bergerak memantapkan sistem jawatankuasa khas ini," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Reformasi Sistem Pilihan Raya: Manfaat Untuk Generasi Muda di sini, pada Sabtu.
Seminar itu merupakan anjuran anjuran bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Parlimen Malaysia, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Raub, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0).
Pada majlis sama, Mohamad Ariff turut merasmikan Buku Manifesto Perubahan.
Disember lepas, Dewan Rakyat mengumumkan pembentukan enam Jawatankuasa Pilihan Khas yang dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, keputusan itu berdasarkan Peraturan Mesyuarat 76(2) di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Jawatankuasa Pilihan Khas berkenaan adalah Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang, Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet, Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri, Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender, Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Antara Negeri-Negeri dan Persekutuan serta Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam.
Dalam pada itu, kata Mohamad Ariff, Parlimen dalam usaha menubuhkan kumpulan rentas parti seperti yang dilaksanakan di United Kingdom (UK).
Jelasnya, ia sekali gus menjadikan institusi itu lebih mesra masyarakat selain interaksi lancar pihak berkepentingan dalam Parlimen dan orang luar.
Wan Syamsul Amly
Sat Mar 02 2019

MOHAMAD ARIFF: Parlimen dalam usaha menubuhkan kumpulan rentas parti seperti yang dilaksanakan di United Kingdom (UK). - Gambar BERNAMA

Insiden bakar al-Quran: OIC tuntut tindak balas tegas
Tindakan sengaja mencemarkan al-Quran dan menghina Nabi Muhammad tidak boleh dilihat sebagai insiden kebiasaan Islamofobia.

Tiada dokumen sulit ditemui di rumah Joe Biden
Pencarian selama empat jam itu berkaitan siasatan berhubung pengendalian dokumen sulit kerajaan AS.

Pemandu maut, treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan
Kemalangan melibatkan sebuah treler muatan minyak hitam dan diesel yang terbabas di pembahagi jalan dan terbalik.

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

Tahun Melawat Ipoh 2023: Tiada kompromi pihak abai isu kebersihan
Tindakan penguatkuasaan lebih tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang mengabaikan isu kebersihan.

Banjir Kelantan: Keindahan Pantai Tok Bali terjejas, menuntut perhatian segera
Terdapat longgokan sampah-sarap di serata kawasan permukaan pantai berpasir itu seperti botol plastik, kayu reput serta daun kering.

Gangguan bekalan air sejak 6 bulan, penduduk mohon tindakan penyelesaian
Kira-kira 600 penduduk rumah pangsa Seri Indah di Sepanggar meminta JANS bertindak segera dalam mengatasi masalah bekalan air bersih dihadapi mereka yang sudah berlarutan sejak 6 bulan lepas.

China bina koridor tenaga bersih terbesar di dunia
Stesen janakuasa hidro Baihetan yang kedua terbesar di dunia dari segi jumlah kapasiti terpasang telah pun beroperasi sepenuhnya pada Selasa, menurut China Three Gorges Corporation, lapor Xinhua.

Perjanjian Persefahaman Kerjasama duluan yang baik namun Parlimen perlu tetap diperkasakan
BERSIH meraikan Perjanjian Persefahaman Kerjasama sebagai duluan yang segar untuk menstabilkan politik dalam keadaan parlimen tergantung.

Virgin Atlantic bakal kendalikan penerbangan rentas Atlantik 'sifar bersih' yang pertama seumpamanya
Syarikat itu menerbangkan jet Boeing 787 dari Heathrow London ke JFK New York pada tahun depan menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF).

Top Glove catat kerugian bersih RM168.24 juta pada suku pertama
Hasil Top Glove juga merosot kepada RM632.53 juta daripada RM1.61 bilion sebelumnya.

Syarikat cleantech adalah jalan terbaik Malaysia - CEO EMIR Research
Syarikat-syarikat ini boleh menawarkan produk atau perkhidmatan yang mampu meningkatkan kesihatan jangka panjang alam sekitar.

Sapura Energy kembali untung pada suku ketiga, catat untung bersih RM10.18 juta
Sapura Energy Bhd mencatatkan untung bersih RM10.18 juta pada suku ketiga berakhir 31 Okt.

Kelantan naikkan peruntukan Program Kelantanku Bersih kepada RM16.5 juta
Kerajaan Kelantan menambah peruntukan bagi Program Kelantanku Bersih kepada RM16.5 juta pada 2023 berbanding RM10.79 juta pada tahun ini.