awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawi diminta siasat aduan isu pembesar suara masjid di ibu negara

Bernama
Bernama
08/12/2024
07:50 MYT
Jawi diminta siasat aduan isu pembesar suara masjid di ibu negara
Zulkifli Hasan berkata pihaknya memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada jabatan itu untuk melakukan apa yang diperlukan bagi menyelesaikan isu berkenaan. - Gambar fail
KUALA NERUS: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diminta menyiasat aduan berkaitan sebuah masjid di ibu negara yang dikatakan memasang pembesar suara dengan kuat untuk tujuan kuliah agama sehingga mengganggu ketenteraman penduduk setempat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata pihaknya memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada jabatan itu untuk melakukan apa yang diperlukan bagi menyelesaikan isu berkenaan.
"Sudah ada jentera atau autoriti (Jawi) untuk ambil tindakan...Kita tidak mahu ada apa-apa isu yang menggugat ketenteraman. Insya-Allah secara berhikmah dengan sebaik mungkin perkara itu akan ditangani tanpa membangkitkan ketidakselesaan masyarakat," katanya pada program MADANI Prihatin bagi aktiviti gotong-royong membersihkan Sekolah Rendah Islam Al-Amin, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas aduan tular di media sosial berkaitan sebuah masjid di ibu negara yang didakwa memasang pembesar suara dengan terlalu kuat ketika sesi kuliah agama, yang menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk berhampiran baru-baru ini.
Sementara itu Zulkifli berkata kira-kira 10,000 sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berdaftar, selain 14 agensi di bawah Hal Ehwal Agama termasuk Skuad Musa'adah Al-Falah MADANI, telah digerakkan bagi misi bantuan pascabanjir di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAWI
#pembesar suara masjid
#kuliah agama
#Zulkifli Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan