KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melancarkan Akademi al-Quran Wilayah Persekutuan (AQWA), yang bertujuan melahirkan lebih ramai qari dan qariah berkualiti pada masa hadapan.
Pelancaran AQWA disempurnakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Syed Kamarulzaman Syed Kabeer yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mohktar semalam.
Mohd Na'im dalam teks ucapannya yang dibacakan Syed Kamarulzaman berkata akademi tersebut adalah bagi mencungkil bakat baharu dalam Majlis Tilawah al-Quran, khususnya di Wilayah Persekutuan.
"AQWA beroperasi sepenuhnya di Masjid Wilayah Persekutuan dan menganjurkan kelas pengajian pada hari Sabtu setiap minggu dalam tempoh sembilan jam," katanya.
Mohd Na'im berkata seramai 31 orang qari dan qariah dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, telah dipilih menyertai AQWA bagi kumpulan pertama, manakala tujuh tenaga pengajar telah dilantik dalam kalangan pensyarah dalam bidang taranum, serta mantan johan qari dan qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk bertugas di akademi itu.
"Kaedah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan untuk melatih para peserta dalam aspek tajwid, fasahah, taranum dan suara," katanya.
Pada majlis tersebut, turut diadakan program sambutan Nuzul al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan, yang dihadiri 300 orang peserta yang terdiri daripada pelajar universiti awam dan swasta, institusi tahfiz sekitar Kuala Lumpur, masyarakat awam dan wakil agensi kerajaan dan swasta.
Sementara itu Pengarah JAWI Datuk Haji Mohd Ajib Ismail berkata sambutan Nuzul al-Quran itu bertujuan menggalakkan umat Islam menghayati inti pati al-Quran dalam kehidupan, selain menyahut saranan ajaran Islam yang menganjurkan amalan perpaduan, keharmonian dan toleransi dalam membangun masyarakat MADANI.
Pada majlis itu, Qari Kebangsaan dan Antarabangsa Ustaz Abdul Khair Jalil, memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran disusuli dengan sesi Tadabur al-Quran yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negara Ustaz Ehsan Mohd Hosni.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024
Antara aktiviti AQWA yang beroperasi sepenuhnya di Masjid Wilayah Persekutuan ialah menganjurkan kelas pengajian pada setiap Sabtu dalam tempoh 9 jam secara bulanan sepanjang tahun. - Facebook JAWI
Nasihat Wan Rosdy kepada ahli UMNO: “Ikhlas sertai parti, buang sikap pentingkan diri”
Sikap pentingkan diri menjadi masalah dalaman parti dan andai dibiarkan boleh merosakkan keutuhan UMNO.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat
Seramai 41 penumpang termasuk pemandu terselamat setelah bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di kilometer 264.5 lebuhraya utara selatan (PLUS), arah selatan hari ini.
Wartawan baharu perlu aktif turun padang, elak ‘cerita’ disampaikan hambar
Pengamal media perlu aktif turun lapangan bagi mencari bahan berita lebih tulen tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada maklumat diperoleh atau dikongsikan melalui media sosial.
AWANI Ringkas: Dijangka catat dagangan dalam julat kecil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Peningkatan perdagangan borong, runcit bukti ekosistem ekonomi segar, progresif - Armizan
Nilai jualan perdagangan borong dan runcit yang meningkat sebanyak 5.2 peratus pada Mac tahun ini menunjukkan ekosistem perekonomian domestik negara berada dalam keadaan segar dan progresif.
Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat
Bas pesiaran membawa penumpang dari Kupang, Kedah terbalik di KM264.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan.
Bayi sembilan bulan, ibu antara tiga maut dalam kemalangan di Semporna
Seorang ibu bersama bayi dan seorang warga emas wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan, pada Sabtu.
Perbincangan perjanjian pandemik diteruskan selepas tarikh akhir: WHO
Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia bersetuju lanjutkan perbincangan selama dua minggu lagi mengenai perjanjian penting berhubung pengendalian pandemik masa depan.
JAWI lancar Akademi al-Quran, lahirkan lebih ramai qari, qariah berkualiti
Akademi tersebut adalah bagi mencungkil bakat baharu dalam Majlis Tilawah al-Quran, khususnya di Wilayah Persekutuan.