awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAWI pantau individu Islam tidak hormati bulan Ramadan

Bernama
Bernama
13/04/2021
08:17 MYT
JAWI pantau individu Islam tidak hormati bulan Ramadan
Tindakan turut diambil terhadap premis perniagaan atau restoran yang menjual makanan kepada golongan itu. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan tetap menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap umat Islam yang tidak menghormati bulan Ramadan termasuk makan di tempat awam, sekalipun tiga Willayah Persekutuan kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dan PKP Pemulihan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata penguatkuasaan, pemantauan dan operasi akan dibuat pada bila-bila masa.
"Kerja-kerja penguatkuasaan berjalan seperti biasa dan kita juga akan buat operasi berdasarkan aduan yang diterima," katanya kepada media selepas merasmikan Program Kembara Al- Amin di sini hari ini.
Ahmad Marzuk berkata tindakan turut diambil terhadap premis perniagaan atau restoran yang menjual makanan kepada golongan itu.
Mereka akan diambil tindakan menurut Seksyen 15, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM1,000 atau dipenjarakan maksimum enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengenai Program Kembara Al-Amin itu, Ahmad Marzuk berkata program digital yang bermula hari ini hingga 12 Mei depan menampilkan 13 segmen berkonsepkan bual bicara, videografi, peraduan, doa dan zikir, disiarkan melalui media sosial Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
Di bawah program itu juga, Jakim melancarkan Skuad Kembara Al-Amin yang akan turun padang menyantuni kumpulan asnaf, B40 dan barisan hadapan sepanjang bulan Ramadan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
#JAWI
#Ramadan
#Ahmad Marzuk Shaary
#JAKIM
#Skuad Kembara Al-Amin
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan