awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pemandu lori rogol anak kandung dipenjara 10 tahun, 20 sebatan
MALAYSIA
ASEAN terima Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Pendidikan Tinggi
BISNES
Peluasan cukai untuk program pro-rakyat, tingkat taraf hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

JBPM hasrat pelajari penggunaan AI, robotik daripada Rusia - Nor Hisham

Bernama
Bernama
19/06/2025
08:02 MYT
JBPM hasrat pelajari penggunaan AI, robotik daripada Rusia - Nor Hisham
Nor Hisham (kiri) menunjukkan aset JBPM kepada Menteri EMERCOM Rusia Colonel General Alexander Kurenkov serta deligasi dari Rusia yang hadir pada majlis lawatan kerja rasmi di Ibu Pejabat JBPM hari ini. - Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhasrat meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Pertahanan Awam, Kecemasan dan Pengurusan Bencana Alam Rusia (EMERCOM) dalam meneroka potensi penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan robotik bagi operasi tindak balas kecemasan serta pemadaman kebakaran.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata Rusia mempunyai teknologi yang hebat khususnya penggunaan AI oleh EMERCOM untuk meramalkan insiden, mengurus sumber dan melakukan analisis risiko.
"Kami (JBPM) sangat berminat untuk mempelajari kemajuan Rusia dalam menggunakan AI dan robotik dalam operasi kebombaan dan penyelamatan. Penggunaan AI oleh EMERCOM untuk meramalkan insiden, mengurus sumber dan menganalisis risiko amat relevan dan memberi inspirasi kepada kami.
"Seiring dengan transformasi digital kami, bermula dengan projek perintis C4I iaitu Command, Control, Communications, Computers and Intelligence. Kami sedang meneliti untuk memanfaatkan sistem pintar, pesawat tanpa pemandu, pemodelan ramalan dan pemantauan dikuasakan AI untuk pengawasan masa nyata dalam operasi pemadaman kebakaran dan pengurangan risiko bencana," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluan ketika lawatan rasmi Menteri EMERCOM Rusia Kol Jen Alexander Kurenkov di sini hari ini.
Nor Hisham berkata JBPM juga berhasrat untuk mempelajari sistem keselamatan kebakaran canggih khususnya potensi penggunaan sistem keselamatan kebakaran Rusia di negara ini.
"Terdapat satu jenama terkenal yang telah tersedia iaitu Pyrogen, yang menyediakan penyelesaian berasaskan aerosol seperti Sistem Pemadaman Kebakaran Aerosol EXA dan Sistem Pemadaman Serbuk Impuls IPEX.
"Kami percaya terdapat banyak potensi untuk diteroka dalam bidang ini terutama dalam membawa masuk teknologi dan produk baharu yang boleh membantu memperbaiki sistem pemadaman kebakaran dan keselamatan di seluruh negara," katanya.
Nor Hisham turut mengimbau kerjasama antara JBPM dengan Rusia yang bermula pada 1988 menerusi penubuhan Bahagian Udara JBPM dan pemerolehan dua helikopter Mi-17 buatan Rusia.
"Sejak itu, kedua-dua helikopter ini telah memainkan peranan penting dalam operasi pemadaman serta operasi mencari dan menyelamat kami. Ketika Bahagian Udara kami mula ditubuhkan, kami juga menghantar anggota bomba kami ke Rusia untuk latihan penerbangan dan penyelamatan udara.
"Pada masa ini, kami memiliki 29 juruterbang terlatih dengan 22 daripadanya bertauliah untuk mengendalikan dua helikopter Mi-17 dan dua Mi-171," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#kerjasama
#EMERCOM
#Rusia
#teknologi
#AI
#robotik
#kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami