awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM kaji amalan terbaik antarabangsa dalam pengurusan, keselamatan saluran gas

Bernama
Bernama
11/04/2025
06:45 MYT
JBPM kaji amalan terbaik antarabangsa dalam pengurusan, keselamatan saluran gas
Nor Hisham berkata amalan terbaik yang dikenal pasti akan dicadangkan kepada pihak berkaitan termasuk Petronas bagi mengelak insiden kebakaran paip gas di Putra Height pada 1 April lepas berulang. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang mengkaji amalan terbaik yang diguna pakai di peringkat antarabangsa dalam pengurusan dan keselamatan saluran gas di negara ini, sebagai usaha penambahbaikan kepada sistem sedia ada.
Ketua Pengarahnya Datuk Nor Hisham Mohammad berkata amalan terbaik yang dikenal pasti akan dicadangkan kepada pihak berkaitan termasuk Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi mengelak insiden kebakaran paip gas di Putra Height pada 1 April lepas berulang.
"Kita akan mencadangkan ataupun melihat perbandingan amalan-amalan terbaik yang dibuat di seluruh dunia (berhubung pengurusan saluran gas) untuk kita buat cadangan kepada pihak Petronas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan Surat Setuju Terima (Bagi Tender Bekalan) antara JBPM dan CLW Special Automobile (M) Sdn. Bhd. (CLW Malaysia) di sini hari ini.
Insiden kebakaran saluran paip gas pada 1 April lepas menyebabkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.
Insiden itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan tetapi tidak terbakar, manakala 218 rumah tidak terjejas.
Nor Hisham berkata lima pegawai JBPM masih ditugaskan di lapangan bagi mendapatkan data berkaitan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Height itu.
"Kita masih lagi dalam peringkat siasatan dan kita perlukan kira-kira dua minggu untuk membuat kompilasi awal berhubung data-data yang telah kita dapat," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga bekerjasama dengan agensi teknikal lain seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berhubung insiden itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
#Nor Hisham Mohammad
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan