Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memindahkan beberapa aset kenderaan dari negeri Pantai Barat ke Terengganu sebagai persediaan menghadapi banjir gelombang keempat.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata langkah tersebut bertujuan meningkatkan keupayaan logistik dan masa tindak balas bagi operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir.
Beliau berkata ia juga berikutan jumlah aset terutama lori melebihi lima tan yang ada di dalam negeri pada masa ini tidak mencukupi untuk menampung sekiranya berlaku bencana banjir besar memandangkan Terengganu mempunyai banyak lokasi berisiko banjir dan kawasan pantai yang luas.
"Banjir gelombang keempat yang dijangka berlaku pada 24 hingga 25 Disember ini berkemungkinan lebih besar berbanding gelombang ketiga kerana berlaku pertembungan air pasang besar dan hujan lebat.
"Masalah kita di Terengganu terutama di kawasan luar bandar ialah orang ramai suka menunggu saat-saat akhir dan kritikal untuk berpindah, jadi kita perlu banyak lori untuk memindahkan penduduk dari banyak kampung secara serentak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Malam Apresiasi Usahawan Melayu Terengganu (MAPUMT) 2019 di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut Raja Kamarul Bahrin Shah berkata pihak kerajaan juga sedang meneliti keperluan bagi menambah aset-aset penting seperti lori besar dan helikopter untuk pelbagai kegunaan.
Menurut beliau kerajaan tidak boleh berpuas hati dengan jumlah aset yang ada kerana jumlah populasi penduduk yang semakin meningkat dan memerlukan tambahan aset untuk tujuan mencari dan menyelamat (SAR), memindahkan mangsa banjir, kebakaran hutan dan sebagainya.
"Sebagai contoh JBPM sekarang hanya ada lapan helikopter sahaja untuk kegunaan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
"Jadi dalam mesyuarat khas bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail minggu lepas kita dah bincang dan nilai keperluan untuk tambah aset sedia ada," katanya.
Katanya lagi tambahan aset baharu itu boleh juga digunakan oleh agensi-agensi lain seperti polis dan maritim untuk keperluan yang sesuai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 15 2019
Raja Kamarul Bahrin bercakap kepada media selepas menghadiri Malam Apresiasi Usahawan Melayu Terengganu 2019 di Kuala Nerus, malam tadi. - Astro AWANI
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Disember 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.
Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.
Belanjawan 2025: Selangor peruntuk RM34.27 juta urus projek tebatan banjir
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM34.27 juta menerusi Belanjawan Selangor 2025 bagi memastikan keberkesanan pengurusan pembangunan projek tebatan banjir.
Nelayan melecur dalam kejadian bot terbakar meninggal dunia
Seorang nelayan yang melecur teruk dalam kejadian bot terbakar di pelantar ikan Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis pada Khamis lalu meninggal dunia pada Isnin.
Jauhi pantai, elak aktiviti laut di Pulau Pinang ketika fenomena air pasang besar - Chow
Kon Yeow berkata walaupun keadaan masih terkawal, namun pihaknya tidak dapat menjangkakan situasi dalam tempoh dua hari lagi.
Fenomena air pasang besar: Bandar Baharu sekali lagi dilanda banjir
Faktor kejadian banjir adalah disebabkan air limpahan dari Sungai Kerian terus yang tidak dapat turun ke laut terus memasuki rumah penduduk.
Penduduk Kuala Perlis berpesta sambut fenomena air pasang besar
Lebih 2,000 penduduk di Kuala Perlis seperti berada di dalam taman tema air mengambil kesempatan berpesta.
Air pasang besar: 30 rumah di Tanjong Karang terjejas
Kira-kira 30 rumah di Kampung Haji Razali, Tanjong Karang di Kuala Selangor terjejas berikutan limpahan air Sungai Tengi, susulan fenomena air laut pasang besar pagi tadi.