awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung Semeru meletus lagi, hambur abu setinggi 700 meter
Pengasuh mengaku salah aniaya dua bayi di taska
Kerajaan Negeri Selangor putuskan ternakan babi berpusat di Bukit Tagar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBS Kelantan wajibkan ahli pertubuhan belia jalani saringan air kencing

Bernama
Bernama
22/11/2025
11:00 MYT
JBS Kelantan wajibkan ahli pertubuhan belia jalani saringan air kencing
JBS turut memperkukuh kerjasama dengan AADK termasuk memastikan setiap program melibatkan penyampaian ceramah dan pendedahan berkaitan bahaya dadah. - Gambar hiasan
PASIR PUTEH: Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Kelantan mewajibkan ahli pertubuhan belia berdaftar melakukan ujian air kencing sekurang-kurangnya dua kali setahun sebagai langkah memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dadah di negeri berkenaan.
Pengarah JBS Kelantan Mohd Saipuddin Zakaria berkata ketetapan itu turut meliputi semua pegawai dan kakitangan jabatan itu.
"Setiap NGO berdaftar di bawah JBS diwajibkan melaksanakan ujian air kencing sekurang-kurangnya dua kali setahun. Ujian sama turut dibuat ke atas pegawai dan kakitangan JBS sendiri kerana kami perlu memberi contoh dan menjaga integriti jabatan," katanya selepas Program Malaysia Aktif Peringkat Negeri Kelantan D'Rhu Rehlah di Pantai Bisikan Bayu di sini hari ini.
Beliau berkata langkah itu penting kerana JBS adalah antara agensi yang terlibat dalam jawatankuasa membanteras dadah di negeri itu.
"Setakat ini, hampir 80 pegawai dan kakitangan JBS disahkan bebas daripada penyalahgunaan dadah selepas ujian air kencing dijalankan," katanya.
Mohd Saipuddin berkata JBS turut memperkukuh kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan termasuk memastikan setiap program melibatkan penyampaian ceramah dan pendedahan berkaitan bahaya dadah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBS
#Kelantan
#pertubuhan belia
#Ujian air kencing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan