Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kemenangan kedua dalam saingan Liga Super, selepas menang tipis 2-1 ke atas pendatang baharu, UiTM FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, malam ini.
Kemenangan tersebut menyaksikan juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2020 itu mengutip enam mata selepas dua perlawanan melonjak tiga anak tangga ke kedudukan kedua, dengan kutipan enam mata selepas dua perlawanan.
Pada perlawanan itu, skuad Harimau Selatan membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi penyerang import dari Brazil Diogo Luis Santo, sebelum pasukan pelawat menyamakan kedudukan menerusi Victor Nirennold pada minit ke-19.
Bekas pemain kebangsaan Mohd Nazmi Faiz Mansor, memastikan tiga mata berharga untuk juara Piala Sumbangsih 2020 itu, selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-70, sekali gus menceriakan 24,387 penyokong pasukan JDT.
Sabah pula meraih kemenangan sulung selepas menang bergaya 3-1 ke atas Felda United di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Skuad Tambadau membuka tirai jaringan menerusi Rodoljub Paunovic yang menanduk masuk sepakan sudut Petrus Shitembi pada minit ke-11, sebelum pemain import dari Korea Selatan menggandakan kedudukan selepas menanduk masuk gol kedua, juga hasil sepakan penjuru Shitembi, pada minit ke-38.
Felda United, bagaimanapun berjaya merapatkan defisit jaringan pada minit ke-71, menerusi percubaan bekas penyerang antarabangsa Singapura Mohd Khairul Amri Mohd Kamal, namun pemain gantian Maxsius Musa, mengesahkan kemenangan Sabah selepas memanfaatkan hantaran Shitembi, pada minit ke-76.
Terengganu FC turut meraih tiga mata berharga selepas mengejutkan juara Piala FA 2019 Kedah, menerusi kemenangan 4-3 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Pemain import dari Mauritania Dominique Da Sylva, jelas berada dalam kelas tersendiri selepas menjadi pemain pertama meledak empat gol, dalam saingan Liga Malaysia musim ini, masing-masing pada minit kedua, 64', 81' dan minit ke-83.
Skuad Lang Merah pula meraih jaringan menerusi tiga pemain import Renan Da Silva Alves, pada minit ke-18, Kpah Sean Sherman (minit ke-21) dan Tchetche Hermann Brice Kipre pada minit ke-61.
Satu lagi perlawanan Liga Super menyaksikan Selangor dan Perak berkongsi satu mata, selepas seri 1-1 pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Penyerang kebangsaan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, meletakkan Perak di hadapan seawal minit kesembilan sebelum Selangor berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-31, menerusi pemain import dari Nigeria, Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi.
Dalam saingan Liga Premier, Pulau Pinang melakar kemenangan kedua berturut-turut, selepas menang selesa 4-1 ke atas Selangor II di Stadium Bandaraya, Georgetown.
Turut meraih kemenangan adalah Sarawak United yang berjaya mengatasi JDT II, 4-1 di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching.
Kuala Lumpur pula mencatat kemenangan selesa 3-1, ke atas Negeri Sembilan pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. - BERNAMA
Bernama
Sat Mar 07 2020
JDT meraih kemenangan kedua dalam saingan Liga Super, selepas menang tipis 2-1 ke atas UiTM FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, malam ini.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
JDT elak boros, sedia lepaskan pemain
JDT sedia melepaskan beberapa pemain dan staf teknikal sebagai salah satu penstrukturan semula kelab tersebut.
Jangan cemburu atau benci, tetapi kagumi kehebatan JDT - TMJ
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan tiada mana-mana kelab di negara ini yang mampu meniru apa yang telah dilakukan oleh Harimau Selatan.
ACL: Permulaan hambar hukum JDT di Ulsan
JDT mengalami kekalahan kedua selepas kecundang 1-3 di tangan pasukan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai pada aksi ketiga Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) hari ini.
Nafsu JDT sukar disekat
Sudah tentu dengan prestasi yang luar biasa yang dijelmakan oleh anak didik Esteban Solari masa ini pasti mampu menggekalkan kejuaraan Liga Super berturut-turut untuk satu dekad.
JDT kukuhkan nilai komersial bola sepak Malaysia
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa pasukan Harimau Selatan itu antara faktor utama nilai komersial industri bola sepak di Malaysia meningkat.
Final Piala Malaysia: Aura pemain ke-12 semarak semangat JDT
Sokongan padu pemain ke-12 Harimau Selatan mampu menjadi pemangkin semangat pemain Johor Darul Tazim (JDT) dalam memburu kejuaraan Piala Malaysia 2022.
JDT menang bergaya, benam Guangzhou FC 5-0
JDT membelasah juara lapan kali Liga Super China Guangzhou FC 5-0 pada aksi Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
JDT, Sabah FC perkukuh kedudukan
Tampil dengan barisan terkuatnya, skuad Harimau Selatan itu tidak perlu menunggu lama untuk membuka jaringan menerusi Bergson da Silva pada minit ke-7.
Liga Super: Harimau Selatan kenduri gol, terkam Bujang Senang
Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan permulaan sempurna bagi musim 2022 selepas membelasah Sarawak United, 6-0, malam ini.