awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT kukuhkan nilai komersial bola sepak Malaysia

Sinar Harian
Sinar Harian
04/04/2023
09:17 MYT
JDT kukuhkan nilai komersial bola sepak Malaysia
"JDT mengukuhkan nilai komersial industri bola sepak Malaysia. Fakta," kata Tunku Ismail. - Sinar Harian
KUALA LUMPUR: PEMILIK Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa pasukan Harimau Selatan itu antara faktor utama nilai komersial industri bola sepak di Malaysia meningkat.
Menurut Tunku Ismail, ia adalah fakta yang sukar untuk disangkal menerusi beberapa kejayaan yang telah dibuktikan juara sembilan kali Liga Super itu di pentas domestik mahupun di peringkat antarabangsa.
"Tiada JDT tiada liga, tiada duit untuk hak penyiaran buat pasukan, tiada penuhkan stadium pasukan lain, tiada fasiliti terbaik buat pasukan kebangsaan, tiada kelab Malaysia di Liga Juara-Juara Asia dan tiada berita.
"JDT mengukuhkan nilai komersial industri bola sepak Malaysia. Fakta," kata Tunku Ismail menerusi satu komen di laman Instagram rasmi kelab, officialjohor pada Isnin.
Aura JDT dalam saingan liga domestik sememangnya tidak dapat dinafikan selepas aksi pasukan itu sentiasa mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan.
Malah, perlawanan membabitkan Harimau Selatan di semua platform Astro mengungguli rating tontonan sekali gus memberikan nilai tambah dalam pembayaran hak penyiaran kepada semua pasukan.
Di pentas Asia, JDT merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia yang beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan musim lalu mereka berjaya mencipta sejarah mara sehingga peringkat 16 pasukan terbaik.
Ia merupakan kejayaan luar biasa dicapai JDT dan membuka mata ramai pihak mengenai kekuatan pasukan dari Malaysia. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JDT
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#Liga Super
#Harimau Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan