awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT elak boros, sedia lepaskan pemain

Sinar Harian
Sinar Harian
27/12/2023
22:45 MYT
JDT elak boros, sedia lepaskan pemain
Syafiq Ahmad antara pemain yang dilaporkan akan dilepaskan oleh JDT.
PASUKAN Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sedia melepaskan beberapa pemain dan staf teknikal sebagai salah satu penstrukturan semula kelab tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards berkata, penstrukturan tersebut penting bagi memastikan kelangsungan kewangan jangka panjang Harimau Selatan.
"Setelah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk projek bola sepak termasuk infrastruktur bola sepak dalam tempoh enam hingga tujuh tahun yang lepas, JDT perlu membuat penstrukturan kewangan.
"Kelab telah memutuskan untuk mengurangkan perbelanjaan sebanyak 30-40 peratus untuk membolehkan proses tersebut berlaku.
"Harimau Selatan akan melakukan transformasi kelab yang akan menyaksikan beberapa perubahan membabitkan kakitangan menjelang musim 2024 dan 2025.
"Ini termasuk para pemain dan staf teknikal yang akan dilepaskan oleh kelab," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook pasukan itu.
Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan bahawa JDT akan melepaskan beberapa pemain, antaranya Safawi Rasid, Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid ke pasukan lain.
JDT meraih pulangan hasil perbelanjaan besar dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini apabila meluaskan penguasaan dalam saingan Liga Malaysia meraih double quadruple muncul juara Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.
Skuad Harimau Selatan itu menamatkan saingan Liga Super 2023 dengan 76 mata hasil 25 kemenangan, seri sekali selain mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 26 perlawanan.
JDT turut mencipta sejarah tersendiri apabila merekodkan 100 jaringan semusim, hanya dibolosi tujuh kali selain mendominasi saingan Liga Super untuk tempoh sedekad. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JDT
#JDT elak boros
#Harimau Selatan
#penstrukturan kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan