Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) kekal sebagai pendahulu Liga Super menjelang penangguhan saingan Liga Malaysia (Liga-M), yang secara rasminya bermula Isnin ini, sebagai langkah membendung penularan wabak COVID-19.
Skuad Harimau Selatan itu bagaimanapun sekadar mencatat keputusan 1-1, berdepan Felda United pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi, sekali gus gagal mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan musim ini.
JDT di bawah bimbingan ketua jurulatih Benjamin Mora tidak pernah tewas dalam tiga aksi pertama.
Perlawanan malam ini turut melakar sejarah dalam lipatan bola sepak negara khususnya saingan Liga Super, selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memutuskan untuk menjalankan perlawanan minggu ini tanpa penonton, sebagai langkah keselamatan berikutan penularan wabak COVID-19.
Penyerang kebangsaan Muhammad Syafiq Ahmad, meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-21, sebelum bekas penyerang skuad Bawah 21 Tahun (B-21) Perancis Frederic Bulot, menyamakan kedudukan selepas memanfaatkan permainan 'tiki-taka' dalam kotak penalti lawan.
Pemain import Gonzalo Cabrera berpeluang memberikan tiga mata berharga kepada pasukan, namun sepakan penalti diambil bijak ditampan penjaga gol Muhaimin Mohamad pada minit ke-62, sebelum kedua-dua pasukan buntu dalam menjaringkan gol kemenangan sehingga tamat perlawanan.
Di Stadium Hang Jebat, gol tunggal penyerang berbisa Pahang Dickson Nwakaeme pada minit ke-67 memastikan skuad Tok Gajah meraih tiga mata selepas mengatasi Melaka 1-0, untuk meraih kemenangan kedua musim ini.
Pada masa sama, Perak menarik nafas lega apabila berjaya bangkit daripada ketinggalan dua kali untuk mengikat Sabah 2-2 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Pujian harus diberikan kepada penyerang kebangsaan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, yang meledak dua gol pada minit ke-16 dan minit ke-80 untuk menafikan kedudukan selesa diraih Sabah, menerusi gol pemain tengah Azizan Nordin pada minit kelima, dan Kassy Guy Gnabouyou pada minit ke-27.
Dalam aksi Liga Premier Kelantan United, terus memberi tekanan kepada pendahulu Terengganu FC II, selepas melakar kemenangan 3-0 menundukkan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, sekali gus mengukuhkan kedudukan kedua di belakang TFC II, dengan hanya perbezaan tiga mata.
Di Stadium Sarawak, Kuala Lumpur mencatat kemenangan kedua musim ini, selepas menewaskan Sarawak 2-1 sementara Selangor 2 melakar kemenangan kedua berturut-turut musim ini, dengan menjinakkan Perak II 2-1, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Sementara itu, Pulau Pinang seri 0-0 menentang Kuching FA di Stadium Bandaraya, manakala pertembungan antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC) dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di Stadium Perbandaran Selayang, turut berakhir dengan keputusan 0-0.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 14 2020
JDT seri 1-1 dengan Felda United pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi. [email protected]
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Hector Bidoglio ketua jurulatih JDT baharu
Bekas pemain Venezuela, Hector Bidoglio dilantik sebagai ketua jurulatih baharu berkuat kuasa serta merta.
JDT tetap garang tanpa Mora, NS rampas kedudukan ketiga
Biarpun beraksi tanpa ketua jurulatih, motivasi pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT) tetap berada pada tahap tertinggi selepas menewaskan Sarawak United FC 4-0 pada aksi Liga Super.
Mora sah tinggalkan JDT
Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Benjamin Mora sah meninggalkan skuad Harimau Selatan untuk pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadinya.
Mora bangga dengan kejayaan JDT
Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Benjamin Mora amat berbangga dengan pemainnya selepas kelab itu mencipta sejaranya tersendiri dengan layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC (ACL).
JDT sedia kejutkan Kawasaki Frontale esok
Mora, yang meramalkan cabaran getir untuk perlawanan esok, percaya anak buahnya akan melakukan yang terbaik untuk menang ke atas Kawasaki Frontale, terutama selepas seri 0-0 Khamis lepas.
JDT menang bergaya, benam Guangzhou FC 5-0
JDT membelasah juara lapan kali Liga Super China Guangzhou FC 5-0 pada aksi Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
ACL: Mora tidak mahu terburu-buru kecederaan Farizal
Ketua pasukan Harimau Selatan itu dijangka terlepas aksi awal kempen Liga Juara-Juara Asia 2022.
Siapa mampu tamatkan dominasi JDT?
Pasukan dari selatan tanah air ini mendominasi Liga Super dengan rekod kejuaraan lapan kali berturut-turut sejak 2014.
Mora bersedia hadapi akibat, susulan kekalahan JDT di final Piala Malaysia
Mora berkata keputusan mengenai masa depannya bersama skuad Harimau Selatan itu adalah di luar kawalan beliau.
Kami akan 'telan' lawan kami - Mora
Johor Darul Ta'zim berazam melakukan apa saja demi memastikan mereka membawa pulang trofi Piala Malaysia pada aksi final menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.