awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hector Bidoglio ketua jurulatih JDT baharu

Bernama
Bernama
28/07/2022
10:26 MYT
Hector Bidoglio ketua jurulatih JDT baharu
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan bekas pemain Venezuela, Hector Bidoglio sebagai ketua jurulatih baharu berkuat kuasa serta merta. - Gambar Facebook Johor Southern Tigers
JOHOR BAHRU: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan bekas pemain Venezuela, Hector Bidoglio sebagai ketua jurulatih baharu berkuat kuasa serta merta.
Pengumuman itu dibuat menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers hari ini.
Menurut JDT, pengendali berusia 54 tahun itu memulakan karier kejurulatihan bersama kelab Argentina, Newell's Old Boys sebelum menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.
"Hector juga menimba ilmu di kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis.
"Beliau juga telah berguru dengan pengurus tersohor Marcelo Bielsa ketika bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada 2009," menurut kenyataan itu.
Semalam, JDT menerusi hantaran di laman Facebook Johor Southern Tigers memaklumkan bahawa bekas ketua jurulatih Benjamin Mora yang telah melatih pasukan Harimau Selatan sejak 2017, meninggalkan kelab itu untuk pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadinya.
Menurut JDT, Mora adalah jurulatih JDT paling berjaya dengan empat kejuaraan Liga Super, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia dan membawa JDT ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun ini.
Jurulatih kelahiran Mexico itu juga telah mengendalikan sebanyak 148 perlawanan dan memenangi 102 perlawanan sejak 2017. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hector Bidoglio
#Ketua Jurulatih JDT
#Benjamin Mora
#Johor Southern Tigers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan